... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 14, 2017

Kejohanan Memanah MSSS 2017

Pada 11 - 14 Julai 2017, telah berlangsung Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) di SMK Batu Unjur, Klang. Seramai 24 orang murid dari sekolah rendah dan menengah terpilih  mewakili Kontinjen Daerah Sepang  bersama dengan 6 orang guru pengiring. Daerah Sepang berjaya merangkul tempat keempat keseluruhan dengan pungutan pingat 11 emas, 8 perak  dan 7 gangsa. 5 orang peserta terpilih ke peringkat MSSM di Terengganu. 

Seorang murid dari SKTPP telah terpilih mewakili MSSD Sepang bertanding dalam Kejohanan Memanah MSSS tersebut. Berikut dinyatakan serba sedikit latar belakang beliau;

Nama             : Niqa Abyana Bt Mohd Zaimi
Kelas              : 5 Surgeri (2017)
Pengalaman   : 
  • Mula menyertai pasukan memanah pada Disember 2016 bersama Team Sasar, Sepang.
  • Mewakili sekolah ke  Kejohanan MSSD (Mei 2017)
               - Johan Keseluruhan Daerah Sepang
  • Mewakili Daerah Sepang ke Kejohanan MSSS (Julai 2017)
               - Tempat Kedua Kategori Double Mix

Walapun Niqa tidak berjaya menempatkan diri ke peringkat MSSM, namun ia merupakan satu titik permulaan yang baik bagi beliau untuk terus menempa kejayaan pada masa akan datang. 

Berikut memori sepanjang pertandingan...

Peserta Perempuan Bawah 12 Tahun

Done for today...

Guru Pengiring & Jurulatih Daerah Sepang

Terus berjuang

Semangat berpasukan

Merai kejayaan... 
Tahniah buat Niqa Abyana! Semoga kejayaan akan terus mengiringimu...

No comments:

Post a Comment