... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 14, 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2017 (Sesi Petang)

Pada hari ini, tanggal 14 Julai 2017 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 1438H telah berlangsungnya satu majlis yang merupakan acara tahunan sekolah iaitu Sambutan ri Raya Aidilfitri. Aktiviti ini secara tidak langsung telah menjalinkan ikatan silaturahim sesama warga SK Taman Putra Perdana. Murid-murid khususnya amat gembira dapat berhari raya bersama rakan-rakan dan guru-guru. 

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama menyediakan juadah yang istimewa untuk anak-anak di SKTPP. Terima kasih juga kepada semua guru dan warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan hari raya ini.

Berikut warna-warni aidilfitri sepanjang majlis berlangsung :

Pn Arnny Yusnita sebagai pengacara sepanjang majlis berlangsung

Memohon keberkatan majlis, Ustaz Mohd Saiffol mengetuai bacaan doa

Tidak lengkap majlis jika tiada ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar)

Simbolik majlis dimeriahkan lagi dengan acara pemotongan kek oleh Guru Besar

Murid berkumpul sebelum jamuan bermula

Murid-murid dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan




Salam Aidilfitri daripada guru-guru sesi petang
......Maaf Zahir Batin......

Disediakan oleh,
Pn Nor Arzah bt Hussin & Pn Nazahiyah bt Abd Rahman
(AJK Fotografi & Posting Blog)

No comments:

Post a Comment