... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 17, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh : 17 Julai 2017
Masa  : 1.20 - 1.50 petang
Tema  : Kenali Indonesia

Guru Bertugas
En. Affandi  bin Mohd Zain (K)
Pn. Nor Maziah binti Hj. Abd Malek
Pn. Norazah binti Mohd Ali
Pn. Zauiyah binti Ismail
Pn. Fadhilah binti Talib
Pn. Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
Pn. Yani binti Mohammad Sharif

Agenda Perhimpunan
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku.
Bacaan doa dipimpin oleh Adik Muhammad Syafiq Ahnaf.
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Norazah binti Mohd Ali.
Bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas, adik Norhasya Sofea.

LAWAD

Bahasa Melayu - Tersungkur (jatuh ke depan dan muka terkena tanah, tersembam)
Bahasa Inggeris - Direction (arah, hala tujuan)
Bahasa Arab - 
خَزَائِنُ (almari)

Ucapan Guru Bertugas (Ustazah Norazah bt Mohd Ali)

Tema: Kenali Indonesia

Republik Indonesia (RI), umumnya disebut Indonesia, adalah negara di Asia Tenggara yang dilintasi garis khatulistiwa dan berada di antara benua Asia dan Australia serta antara Samudra Pasifik dan Samudra Hindia. Ibu negara Indonesia ialah Jakarta.

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-25 (Pn. Norazmira binti Kadirun)

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan yang dilaporkan sepanjang minggu lepas. Murid dinasihatkan agar sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang masa agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Murid juga diingatkan untuk tidak membuat sampah dan juga tidak membuang sampah merata-rata. Beliau berharap sikat bertanggung jawab terhadap kebersihan persekitaran dapat dipertingkatkan lagi bagi memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

Laporan Kebersihan Kelas

Tahun 1        
Tempat pertama : Ibnu Bajjah
Tempat kedua       : Ibnu Khaldun
Tempat ketiga       : Al Biruni

Tahun 2       
Tempat pertama : Jujur
Tempat kedua       : Intelek
Tempat ketiga       : Arif

Tahun 3
Tempat pertama : Vanadium
Tempat kedua       : Elektrum
Tempat ketiga       : Kuprum
LAPORAN KHAS
Tanggal 15 Julai 2017, di dalam suatu majlis yang istimewa iaitu Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2017 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah dinobatkan sebagai Ikon Kepimpinan Daerah Sepang bagi tahun 2017.

Seluruh warga SK Taman Putra Perdana turut berbangga dan bergembira dengan penganuegerahan ini. Syabas dan tahniah kepada Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali.  Bagi berkongsi detik kegembiraan ini, satu majlis ringkas meraikan beliau telah diadakan pada waktu perhimpunan rasmi.  Majlis dimulai dengan bacaan profil dan biodata oleh Cik Athirah Amani dan disusuli dengan penyampaian semula sijil, piala, cd serta wang tunai yang telah diterimanya oleh Pn. Jumilah Ahmad, Penolong Kanan Petang. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Satu persembahan multimedia Sambutan Hari Guru dan montaj Ikon Kepimpinan yang telah disediakan oleh PPD Sepang dan telah dipersembahkan semasa program Sabtu lepas serta persembahan multimedia khas majlis sambutan tersebut telah ditayangkan semula kepada murid-murid dan guru-guru sebagai penyuntik semangat buat warga pendidik di sekolah ini. Tahniah buat Pn. Rohaidah!

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan pada semua warga sekolah
- Memberi ucapan dan kata-kata semangat agar guru-guru bersemangat untuk melonjakkan diri ke arah yang lebih cemerlang.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Pn. Norazah binti Mohd Ali mengacarakan majlis 
Bacaan doa dan ikrar murid oleh pengawas bertugas
Barisan guru bertugas pada minggu ini
Pn. Norazmira Kadirun menyampaikan laporan guru bertugas



Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas tahun 1

Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas tahun 2

Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas tahun 3

Yang diraikan, Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali

Bacaan profil dan biodata Guru Besar SKTPP, oleh Cik Athirah Amani



Penyampaian semula Sijil, Piala dan wang tunai oleh Pn. Jumilah Ahmad




Penyampaian cenderahati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling 

Ucapan yang diraikan Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali

No comments:

Post a Comment