... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 24, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 24 Julai 2017
Masa    : 7.30 – 8.00pagi
Tema    : Hormati Dan Sayangi Ibu Bapa

Guru-Guru Bertugas

Puan Noor Hanawati Alinda (K)
Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
Puan Norinna binti Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Cik Komagal a/p Kunaisekaran
Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Puan Umi Nazrah binti Saharoni
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Roslina binti Jafar


Laporan / Nyanyian

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh adik Rusyaidi bin Bakri.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh
En. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh ketua pengawas iaitu Haris Nabilah.


Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Cik Roslinda binti Mansor)

Cikgu Roslinda telah menekankan murid-murid  tentang disiplin atau tingkah laku murid sewaktu menaiki anak tangga.Terdapat segelintir murid bergurau kasar dengan menarik seluar kawan dengan sengaja dilakukan untuk memalukan rakannya. Murid-murid diminta agar tidak berbuat sedemikian dan sentiasa menjaga disiplin setiap masa.
Beliau juga mengingatkan murid-murid yang menunggu ibu bapa atau van sekolah di pintu pagar B agar menjaga  keselamatan diri sepanjang mereka berada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar  sekolah.

Laporan Kelas Terbersih

Kelas PPK
Tempat Pertama    : Aquatics
Tempat Kedua        : Cricket
Tempat Ketiga        : Soccer        
Tahun 4
Tempat Pertama    : Kompang
Tempat Kedua        : Nafiri
Tempat Ketiga        : Rebana
Tahun 5
Tempat Pertama    : .Surgeri
Tempat Kedua        : Kardiologi
Tempat Ketiga        : Respiratori

Tahun 6
Tempat Pertama    : Neptune

Tempat Kedua        : Zuhrah
Tempat Ketiga        : Utarid
    

Pemenang-pemenang kelas terbersih
Ucapan Guru Bertugas

 Memperkenalkan guru-guru bertugas  pada minggu ini.

Barisan guru-guru bertugas sesi pagi minggu ke-27
                                           
Tema minggu ini ialah Hormati dan Sayangi Ibu bapa

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahirkan dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati dan menyayangi mereka.
Ucapan Guru Bertugas

Ucapan Guru Besar
Guru besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali telah mengucapkan tahniah kepada para peserta yang mewakili sekolah untuk Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) anjuran bersama Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang, Pejabat DUN Dengkil di bawah Program Peningkatan Prestasi Akademik serta Unit Pengurusan Akademik PPD Sepang Tahun 2017 yang dilaksanakan sebagai satu usaha ke arah peningkatan prestasi akademik UPSR sekolah-sekolah Daerah Sepang. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua murid dan warga sekolah agar sentiasa bersemangat untuk berjaya dan cemerlang.
                          
Ucapan Puan Guru Besar 

Disediakan Oleh : Pn. Jamunarani  Bhojarajan

No comments:

Post a Comment