Karnival Sains dan Teknologi peringkat daerah Sepang telah diadakan di SMK Seri Sepang pada 19 April 2011. SKTPP telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Eureka, Bercerita Sains dan Saintis Muda. Alhamdulilah, wakil SKTPP telah berjaya menjadi JOHAN dalam Pertandingan Eureka dan mewakili Sepang untuk ke peringkat negeri pada 27 April 2011 ini. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya memberi komitmen yang baik dan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang memberi dorongan, sokongan dan bantuan dalam pelbagai aspek.
Peserta pertandingan Bercerita Sains : Nurnadia
Semoga kejayaan mengiringi peserta-peserta SKTPP, insyAllah. Semoga berjaya!
Tahniah SKTPP!
ReplyDelete