Wednesday, April 20, 2011

Laman Web Sosial Berpendidikan (uniCLIQ)



Sukacita dimaklumkan bahawa TM Smart School telah membangunkan sebuah sistem pembelajaran secara 'online' berasaskan rangkaian edu-sosial berteraskan pendidikan untuk komuniti pelajar dan pengajar iaitu uniCLIQ.  Untuk ke laman web uniCLIQ sila klik di sini.

uniCLIQ adalah sebuah laman web sosial yang membolehkan para pelajar berinteraksi sesama mereka ataupun bersama guru-guru dengan teknologi terkini.  Manakala guru-guru boleh menyumbang kandungan pembelajaran dan panduan untuk belajar.

uniCLIQ juga menyediakan bank soalan untuk langganan bagi latih tubi untuk peperiksaan UPSR, PMR dan juga SPM.  Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar secara percuma, sila klik sign up now.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat perkhidmatan uniCLIQ melalui talian 1-300-88-5252.

No comments:

Post a Comment