Monday, April 25, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE 16
Hari : Isnin
Tarikh: 25 April 2011
Masa : 7:30 – 8:00

GURU BERTUGAS
1. En. Tarmiji
2. Pn. Zailezah
3. En. Jamillulail
4. Pn. Zuraini
5. Pn. Fairuzah
6. Pn. Umi Nadzrah
7. En. Ismarizal

LAPORAN / ULASAN
1.Lagu negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Cikgu Kwa Jin Nee
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Zailezah
4. Bacaan Ikrar murid oleh adik Izrin Fatini.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN (PUAN AZURA)
1.Ramai pelajar yang tidak mempunyai buku catatan sewaktu program LAWAD dijalankan pada setiap pagi. Pelajar perlu mencatat setiap perkataan yang diberi oleh guru.
2. Pelajar perempuan perlu memakai tudung dengan kemas sewaktu berada di sekolah.
3. Pelajar dilarang membuat bising dan berlari sewaktu melalui koridor sewaktu ke bilik – bilik khas bagi mengelakkan pelajar lain terganggu sewaktu pembelajaran. Ketua kelas dikehendaki memastikan pelajar dalam keadaan yang teratur.

PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH

Penyampaian sijil kelas terbersih:
1. 4 Tiung
2. 5 Xenix
3. 6 Carnation

Penyampaian hadiah juga diberikan kepada kelas terbersih sebanyak tiga kali berturut – turut:
1. 5 Xenix
2. 6 Carnation

LAPORAN GURU BERTUGAS (PN. ZAILEZAH)
1.Tema perhimpunan pada minggu ini ialah “Buku Rakan Baik Saya”
2. Menyeru semua pelajar agar mengamalkan tabiat membaca di waktu pagi sebelum perhimpunan dan sewaktu rehat.
3. Pelajar perlu mengamalkan tabiat membaca apabila adanya waktu terluang dan cuba amalkan sikap ini dalam kehidupan pelajar setiap hari.
4. Banyak kebaikan yang akan diperolehi sekiranya amalan ini di amalkan oleh setiap pelajar di mana selain daripada menambahkan perbendaharaan kata, ianya juga boleh digunakan untuk mempelbagaikan isi dan idea dalam penulisan karangan .

PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL
1. Naib Johan
Pertandingan Esembel Rekoder pada 6 April 2011 bertempat di SJK(C) Dengkil
Seramai 22 orang peserta

2. Pertandingan Bercerita tahap 1& 2

3. Johan

- Pertandingan EUREKA Peringkat Daerah di SMK Seri Sepang pada 20 April 2011
Mewakili daerah ke peringkat negeri pada 27 April 2011
- Pertandingan Saintis Muda

4. Pertandingan boling Peringkat MSSD Sepang

LAWAD Hari ini:

1. Bahasa Melayu : Membelai – Mengusap –usap dengan kata pujukan
2. Bahasa Arab: Al-Ghada’u – Makan Tengah hari
3. Bahasa Inggeris : Pakar Bedah

UCAPAN GURU BESAR (En. Sukimin b. Juki)
1. Beliau mengulas berkenaan Tema “Buku Rakan Baik Saya”
2. Beliau juga menyokong penuh berkenaan dengan ucapan dan nasihat yang telah diberikan oleh Puan Zailezah
3. Program DEAR – Drop Everything And Read adalah program yang sangat baik di mana pelajar perlu memperbanyakkan bacaan pada setiap hari dan semua pelajar dikehendaki membaca sebuah buku pada setiap hari terutamanya pada waktu rehat dan sebelum perhimpunan pagi.
4. Pelajar juga perlu menulis nama pada setiap buku yang dibaca dan juga kelas bagi memudahkan sekiranya kehilangan buku berkenaan maka ianya boleh dituntut kembali dan sekiranya ia tidak dituntut maka buku tersebut akan diserahkan ke pusat sumber.



Disediakan oleh: Jamilullail

No comments:

Post a Comment