Monday, April 11, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-14)

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-14 (Sesi Pagi)
Hari: Isnin
Tarikh: 11April 2011
Masa: 7.30 – 8.20 pagi

Guru Bertugas:

1. Pn. Noriza Md Nor (K)
2. Pn. Mazzaini Muda
3. Pn. Norli Hassan
4. Pn. Saadiah Busrah
5. Pn. Siti Mahfudzah Abdullah
6. En. Kamarulzaman Ghani
7. En. Zainuddin Kalam

Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim Bin Abdul Aziz.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Saadiah.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Muhammad Hafez bin Reduan.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh En. Noorizmi
a) Etika pada waktu rehat- beliau menasihatkan murid-murid agar tidak bermain sepak botol di kawasan gelanggang berhampiran kantin kerana boleh mengundang kemalangan. Murid juga akan berpeluh dan menjadi tidak selesa untuk p&p.
b) Penggunaan tandas- ada murid didapati tidak menggunakan terompah tetapi hanya memakai stokin masuk ke dalam tandas. Tindakan ini menyebabkan stokin basah dan tidak bersih.
6. Kehadiran memuaskan.

Ucapan guru bertugas (Pn Saadiah )

1. Tema minggu ini ' Jujur dan Amanah '
2. Murid disarankan mengamalkan sifat jujur dan amanah kerana akan disayangi oleh semua orang.
3. Sikap jujur dan amanah dalam semua pekerjaan yang dijalankan akan mendapat keberkatan dari Allah.

Pengumuman Kebersihan Kelas:

1. Tahun 4 : 4 Tiung
2. Tahun 5 : 5 Xenix
3. Tahun 6 : 6 Carnations

Perkataan LAWAD pada hari ini:

1 Bahasa Melayu: Sederet (sebaris)
2 Bahasa Inggeris: Into (ke dalam)
3 Bahasa Arab: khorijun ( luar)

Ucapan dari Unit Disiplin ( Puan Zaleha Binti Ramdhan)

1. Ucapan alu-aluan.
2. Teguran oleh beliau tentang tingkah laku meludah dari tingkat atas oleh murid-murid yang tidak bertanggungjawab pada minggu hadapan. Peringatan oleh Pn Zaleha bahawa perbuatan tersebut adalah biadap.
3. Waktu rehat sila gunakan untuk perkara berfaedah bukan bergaduh atau mengejek kawan-kawan.

Ucapan Guru Besar (En. Sukimim Juki)
1. Beliau menyentuh tentang musuh utama negara : DADAH
2. Beliau menyatakandan memberi contoh akibat dan natijah penyalahgunaan dadah.
3. Mereka yang terjebak akan sukar untuk berpatah balik ke pangkal jalan.
4. Beliau mengingatkan bahawa murid-murid semua adalah aset utama negara. Kesemua murid diminta berhati -hati dalam memilih kawan dan mereka yang tidak dikenali.

No comments:

Post a Comment