... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, April 9, 2011

KURSUS ABAKUS DAN ARITMETIK MENTAL


Pada hari Sabtu, 9 April 2011, semua guru matematik SKTPP telah menghadiri kursus abakus dan aritmetik mental bertempat di pusat sumber sekolah. Kursus tersebut adalah anjuran Panitia Matematik dengan kerjasama PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 20 orang peserta mengikuti kursus abakus dan aritmetik mental yang telah diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Kursus ini dikendalikan oleh Datin Zaitun Bt Othman merupakan Ketua Jabatan Matematik IPIS dan pernah memegang jawatan sebagai Jurulatih Utama Kursus Abakus dan Aritmetik Mental dan Ketua Zon Tengah Kursus Abakus dan Aritmetik Mental.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat dan mampu meningkatkan profesiolisme di kalangan guru matematik SKTPP seterusnya memberi impak yang positif kepada murid- murid KSSR. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Midun

Kedudukan postur badan dan gerakan jari diperjelaskan di awal kursus abakus

Penerangan tentang abakus oleh Datin Zaitun Othman


Latihan pengiraan menggunakan abakus













Guru-guru memberi fokus sepenuhnya

Datin Zaitun sedang memberi penerangan mengenai aritmetik mental

Langkah-langkah melakukan aritmetik mental

Latihan aritmetik mental

Guru-guru mengaplikasikan aritmetik mental

Ucapan perasmian oleh tuan guru besar, En. Sukimin Juki

Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta kursus

Penyampaian cenderahati bagi pihak sekolah


Bergambar bersama setelah kursus tamat

No comments:

Post a Comment