Monday, April 18, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE 15

Hari : Isnin
Tarikh : 18 April 2011
Masa : 5.50 - 645 Petang

Guru Bertugas:
1. Puan Zabedah binti Othman
2. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
3. Puan Norholwani binti Yahaya
4. Puan Norkhusaini binti Salehuddin
5. Puan Wan Sarinah
6. Puan Ainul Balkhish
7. Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Laporan / Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Zaim Qusyairi
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Ustaz Ahmad Zunaidi.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Arnny Yusnita):
1. Mengucapkan syabas kepada para murid kerana kadar kecederaan telah berkurangan dengan agak ketara. Meminta murid agar meneruskan amalan yang baik ini.
2. Menegur para murid agar mengelak gurauan yang berlebihan seperti mengejek nama rakan
dan membaling kasut rakan. Ini adalah kerana, gurauan sebegini akan mengakibatkan
perbalahan kerana telah menyinggung hati kawan.
3. Mengajak para murid untuk mengisi masa terluang dengan perkara-perkara berfaedah
seperti membaca dan menonton bahan ilmiah. Ini akan meransang kecerdasan akal.
4. Mengajak para murid untuk menjauhkan perkara lagha seperti tidak melihat, menonton atau
membaca bahan yang tidak memberi impak positif

Laporan Guru Bertugas (Ustaz Ahmad Zunaidi) :
1. Tema perhimpunan minggu ini ialah
"Jimat Cermat Amalan Mulia".
2. Menyeru para murid untuk sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam mengurus
perbelanjaan seharian.
3. Baki duit belanja hendaklah disimpan.
4. Membeli barang yang perlu dan berfaedah sahaja.

Pengumuman dan Penyampaian Sijil Kebersihan Kelas:
1. Tahun 1 : 1 Sigma
2. Tahun 2 : 2 Alza
3. Tahun 3 : 3 Cengal


Perkataan LAWAD pada hari ini:

1 Bahasa Melayu : Warganegara (rakyat sesebuah negara)
2 Bahasa Inggeris : Fable (cerita dongeng atau hikayat)
3 Bahasa Arab : Soghirun (kecil)

Persembahan Nyanyian dari Persatuan Bahasa Melayu

Tajuk nyanyian : Bahasa Jiwa Bangsa
Guru yang membimbing : Puan Azizah binti Hamid


















No comments:

Post a Comment