Friday, April 1, 2011

Pelancaran Program Galakan Membaca 2011

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca peringkat SK Taman Putra Perdana 2011.Program ini telah dilancarkan oleh Tn.Guru Besar SKTPP, En.Sukimin Bin Juki semasa perhimpunan.



Murid-murid SKTPP sedang menunggu Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca peringkat sekolah bagi tahun 2011.












Pn.Siti Rabiaah sedang memberi penerangan tentang Program Galakan Membaca dan cara pelaksanaan program.






















En.Sukimin sedang berucap sebelum merasmikan majlis pelancaran.

















Jared Liew-Murid contoh untuk program NILAM kerana setakat ini telah berjaya membaca sebanyak 102 buah buku.















Majlis pelancaran berakhir dengan terbentangnya kain banner yang ditempah khas untuk program ini.











Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat penglibatan sepenuhnya daripada semua murid SKTPP. Hadiah lumayan disediakan untuk murid-murid yang membaca terbanyak mengikut tahun.

~JADIKAN MEMBACA AMALAN KITA SEMUA~

No comments:

Post a Comment