Tuesday, April 12, 2011


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-14)
Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-14 (Sesi Petang)
Hari: Isnin

Tarikh: 11 April 2011
Masa: 6.10 – 6.45 petang

Guru Bertugas:
1. Pn. Arnny Yusnita bt. Md Enarji (K)
2. Pn. Suzelawati bt. Zakaria
3. Pn. Aznita bt. Ahmad
4. Pn. Nurazlin bt. Mat Nor
5. Pn. Nor Arzah bt. Hussin
6. Pn. Norlida bt. Othman
7. En. Mohd Rusydan b. Ismail

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Aiman Hafiz.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Arnny Yusnita bt. Md. Enarji.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Aniq Iqbal.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Pn. Azizah bt. Ab Hamid.
5.1 Murid suka berlari-lari pada waktu rehat walaupun setelah ditegur berkali-kali
5.2 Murid suka memanjat pokok yang ada di sekitar Dewan Perdana
5.3 Terdapat beberapa orang murid masuk ke sekolah melalui longkang besar
6. Kehadiran memuaskan.

Ucapan guru bertugas (Pn. Arnny Yusnita bt. Md Enarji)
1. Tema minggu ini ' Jujur dan Amanah '
2. Maksud ‘Jujur dan Amanah’ menurut kamus DEWAN edisi ke-4 adalah:
2.1 Jujur : lurus hati, tulus dan ikhlas
2.2 Amanah : amanat
3. Murid disarankan mengamalkan sifat jujur dan amanah kerana akan disayangi dan dihormati oleh semua orang.

Pengumuman dan Penyampaian Sijil Kebersihan Kelas:

1. Tahun 1 : 1 Lambda – Pn. Jumilah
2. Tahun 2 : 2 Alza – Pn. Zabedah
3. Tahun 3 : 3 Cengal – Pn. Norhafizan

Perkataan LAWAD pada hari ini:
1 Bahasa Melayu: Sederet (sebaris)
2 Bahasa Inggeris: Into (ke dalam)
3 Bahasa Arab: khorijun (luar)

Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim bt. Sungit)
1. Peraturan Sekolah : Dilarang berlari di sekitar kawasan seperti koridor, kantin, Dewan Perdana, Dewan Putra, kelas, bilik-bilik khas dan Dataran Perhimpunan.

2.Beliau menyentuh tentang musuh utama negara iaitu DADAH yang diharamkan dan boleh menyebabkan pelbagai  natijah berlaku.
3. Beliau menyatakan dan memberi contoh akibat dan natijah penyalahgunaan dadah sama ada pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
4. Mereka yang terjebak akan sukar untuk berpatah balik ke pangkal jalan dan selalunya ketagihan dadah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.
5. Beliau mengingatkan bahawa murid-murid agar berhati -hati dalam memilih kawan dan mereka yang tidak dikenali.
6. Jauhi DADAH kerana ianya merbahaya.

No comments:

Post a Comment