Tuesday, April 5, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG ( MINGGU KE 13 )

Laporan Perhimpunan Rasmi Harian Minggu ke 13 ( sesi petang )
Hari : Isnin
Tarikh : 4 April 2011
Masa : 6.00 petang hingga 6.45 petang
Guru Bertugas :
1. Pn Azizah Ab.Hamid
2. Pn Norazian Mat Anuar
3. Pn Rozimah Yaacob
4. Pn Salmi Amir
5. Pn Norhafizan Abd Rahman
6. Pn Norazah Mohd Ali
7. Cik Noor Azlinda Kasmin
Laporan / Ulasan:
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan doa oleh Nuraiman Danial b Osmina
3. Bacaan Rukun Negara oleh Pn Norazian Mat Anuar
4. Bacaan ikrar oleh Aniq Iqbal Zulkarnain
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Julaili Onian).
1. Murid-murid suka berlari di dewan semasa rehat. Tingkah laku ini tidak perlu diamalkan
kerana ini akan mengakibatkan kecederaan.
2. Sikap sebahagian murid-murid yang suka melontar batu sesama kawan perlulah dihentikan
bagi mengurangkan kecederaan di kalangan murid.
3. Suiz di dalam bilik darjah atau bilik-bilik khas perlulah ditutup setelah selesai
menggunakannnya . Ini membantu di dalam penjimatan penggunaan elektrik.
Ucapan Guru Bertugas ( Pn Norazian Mat Anuar )
Tema : Kebersihan Diri
1. Murid-murid perlulah mengamalkan kebersihan diri kerana ini penting untuk kita menjadi
sihat.
2. Amalan menjaga kebersihan anggota badan amatlah perlu untuk menjauhkan dari
sebarang penyakit.
Perkataan Lawad:
1. Bahasa Melayu : menguis
2. Bahasa Inggeris : bedroom ( bilik )
3. Bahasa Arab : kam ( berapa )
Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih :
1. Tahun 1 : 1 Lamda
2. Tahun 2 : 2 Alza
3. Tahun 3 : 3 Cengal
Pelancaran Program NILAM :
1. Guru besar En Sukimin Juki merasmikan pelancaran Program Nilam sesi petang.
- Murid-murid digalakkan menanam sikap suka membaca
- Tanpa ilmu manusia itu tiada nilai untuk itu kita perlulah banyakkan ilmu.
- Ilmu hanya akan dapat kita perolehi dengan membaca.
- NILAM ( Nadi Ilmu Amalan membaca)


Guru Besar menerangkan mengenai Program NILAM.
Murid-murid menumpukan perhatian sepanjang perhimpunan berlansung.
Guru Besar menarik reben kain rentang bagi perasmian Program NILAM.



No comments:

Post a Comment