Tuesday, April 12, 2011

Tempahan Baju T-shirt Rumah Sukan 2011

Sebagaimana yang dimaklumi, jumlah murid di sekolah ini telah berkurang dengan ketara berikutan perpindahan sebahagian besar murid ke SK Taman Putra Perdana 2. Oleh itu, pihak sekolah telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan rumah sukan kepada 5 sahaja iaitu rumah Merah, Biru, Kuning, Jingga dan Hijau.  Rumah Ungu telah dibubarkan. 


Perubahan ini telah menyebabkan hampir kesemua murid akan bertukar rumah sukan dan nama-nama rumah sukan pun turut berubah..


Sehubungan itu, pihak sekolah akan menempah baju rumah sukan yang baharu sejajar dengan perubahan rumah sukan murid-murid dan mengharapkan kerjasama ibu bapa agar menempah baju rumah sukan untuk anak masing-masing.  Tempahan boleh dibuat dengan menggunakan borang tempahan yang telah diedarkan sejak minggu lepas.  


Tuan/puan boleh membuat tempahan melalui guru kelas anak masing-masing.  Tempahan akan diterima selewat-lewatnya 28 April 2011.  Tempahan lewat tidak akan diterima.


Gambar di bawah adalah contoh baju rumah Merah (Rumah Delima) :


Baju rumah sukan ini berharga RM12.00 sehelai.  

Sekiranya ada ibu bapa yang belum menerima borang tempahan, boleh dapatkan daripada pihak pejabat atau guru kelas.

No comments:

Post a Comment