Saturday, July 16, 2011

Bengkel Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Pada 16 Julai juga pihak AJK Perkembangan Staf SKTPP bersama AJK Kelab Guru SKTPP telah menganjurkan Bengkel Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan guru-guru, dan wakil AJK PIBG tentang ciri-ciri dan keperluan yang perlu dipenuhi untuk menjadi salah sebuah sekolah yang berprestasi tinggi.

Pihak sekolah telah menjemput Tokoh Guru Kebangsaan 2011 iaitu Dato' Prof Dr Haji Ab Rahim bin Hj Selamat yang juga penulis buku SBT ini.

Bersama-sama guru juga, turut hadir AJK PIBG iaitu Tn Hj Shaharuddin bin Ajam (YDP PIBG), Encik Nur Hoda Tarseh dan Encik Yuhashal.






No comments:

Post a Comment