Thursday, July 28, 2011

TAKLIMAT PBS KSSR DI SK SRI SERDANG

27 Julai 2011, beberapa orang guru tahun 1 dan Penolong-penolong kanan SK Taman Putra Perdana telah dijemput ke SK Sri Serdang untuk memberi taklimat mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan bengkel penggunaan standard prestasi. Taklimat yang bermula pada jam 8.30 pagi telah disertai oleh semua guru tahun 1,2 dan 3 SK Sri Serdang. Semoga sesi perkongsian ilmu ini memberi banyak manfaat kepada semua guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dengan jayanya.

Guru besar SK Sri Serdang, Puan Asma Mokhtar menyampaikan ucapan.

Taklimat PBS disampaikan oleh Puan Habsah Ahmad, Penolong Kanan 1 SKTPP.

Penerangan dengan lebih terperinci oleh Puan Habsah Ahmad.

Guru-guru SK Sri Serdang memberi perhatian sepenuhnya terhadap penerangan SPPBS oleh Puan Jumilah Ahmad.

Penerangan mengenai Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad, Jurulatih Utama Daerah Sepang.

Pentadbir dan Guru-guru SKTPP yang terlibat dalam menjayakan taklimat ini.


Sesi Perbengkelan Subjek Dunia Sains dan Teknologi disampaikan oleh Puan Holwani Yahaya.

Sesi Perbengkelan Subjek Matematik disampaikan oleh Puan Nur Syukri Hidayati.

Sesi Perbengkelan Pendidikan Islam disampaikan oleh Puan Wan Rosmawati.

Sesi Perbengkelan Bahasa Malaysia disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad.

Sesi Perbengkelan Pendidikan Jasmani dan Sukan disampaikan oleh Puan Nik Rosmaliza.

Penyampaian cenderahati kepada Puan Penolong Kanan 1, Puan Habsah Ahmad.

Penyampaian cenderahati kepada Tuan Penolong Kanan Petang, En. Rosdin Bin Ibrahim.

No comments:

Post a Comment