Monday, July 4, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 24(SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 04 Julai 2011
Masa : 7.30 pagi- 8.00 pagi
GURU BERTUGAS
En. Tarmiji bin Sabali (K)
Pn. Zailezah binti Sardi
Pn. Zuraini binti Ismail
Pn. Umi Nadzrah binti Muhamad
Pn. Norfairuzah
En. Jamillullail bin Mohd Junit
En. Ismarizal bin Ismail
LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Zuraini binti Ismail
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Amirah Yasmin.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (EN. PAZLI ZAWAWI)
Mengulas dan membuat teguran mengenai sikap dan salah laku yang sentiasa berulang walaupun telah diingatkan berkali-kali. Murid-murid selalu tolak-menolak sewaktu di kantin dan tidak beratur dengan senyap dan teratur. Beliau mencadangkan supaya diberi arahan seperti “Dewan duduk sedia dan senang diri” supaya murid lebih senyap dan bersedia semasa perhimpunan.

UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN. ZURAINI ISMAIL)
Tema : Tanggungjawab Terhadap Ibubapa

Ringkasan ucapan:
Tanggungjawab didefinisikan sebagai kewajipan yangharus dipikul oleh seseorang terhadap sesuatu perkara atau perbuatan yang dilakukan.
Ibubapa merupakan insan pertama yang mengajar selain daripada melahirkan , membesar dan mengasuh.
Semua murid harus menghormati, menyayangi serta mendoakan kesejahteraan ibubapa. Menjadi tanggungjawab semua anak untuk membalas jasa ibubapa dengan mengutamakan mereka serta berkata baik dan tidak sesekali meninggikan suara.
LAWAD hari ini:Bahasa Melayu – tipis
Bahasa Inggeris – butterfly (rama-rama)
Bahasa Arab – mauzun (pisang)

UCAPAN PN. RUBIATON IBRAHIM
Pengumuman mengenai penukaran saiz baju sukan. Baju sukan boleh ditukar sehingga hari Rabu (6 Julai).
Pembelian baju sukan yang baru juga boleh dibuat sehingga hari Rabu (6 Julai)

UCAPAN PN. MAZZAINI MUDA
Pengumuman kepada semua murid tahun 6. Program Gerak Gempur bermula pada hari ini dan kedudukan murid-murid adalah mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan.
Semua guru tahun 6 diminta mengisi markah untuk Percubaan 2 dan boleh mencetaknya.

PENYAMPAIAN HADIAH SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ
Pada hari Jumaat minggu lepas, 1 Julai 2011, telah diadakan sambutan sempena Israk & Mikraj. Pengisian program pada hari tersebut adalah seperti berikut :-

· PPKI – Pertandingan Mewarna
· Tahun 4 & 5 – Ceramah dan Kuiz
· Tahun 6 – Kuiz bertulis


UCAPAN PN. SITI HABSAH BINTI AHMAD

Mengingatkan murid-murid tentang Program Gerak Gempur yang bermula hari ini. Beliau meminta murid-murid menggunakan peluang ini untuk lebih memahami soalan-soalan UPSR. Semua murid juga diminta menggunakan peluang ini untuk menjawab soalan dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan menjawab soalan UPSR.
Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya memperbetul niat dan tujuan mereka ke sekolah.
Pn. Siti Habsah turut mengingatkan semua guru matapelajaran teras bagi tahun 6 supaya mengisi markah Percubaan 2 dengan segera kerana Hari Jalinan Mesra bagi Tahun 6 akan diadakan pada hari Jumaat (8 Julai 2011).
Ingatan kepada semua guru kelas Tahun 6 bahawa pada Hari Jalinan Mesra murid-murid mengikut senarai murid dalam bulan Jun.

Disediakan oleh: Puan Umi Nadzrah Bt Muhamad

No comments:

Post a Comment