Tuesday, July 12, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 25 ( SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 11 Julai 2011
Masa : 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas :
Puan Yani ( K )
Puan Rashidah
Puan Fadhilah
Puan Hastipa
Puan Jumilah
Puan Visva

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Nuraiman Danial bin Osmena
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Fadhilah bt Talib.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Normaziah bt Abd Malek)

Ringkasan ucapan:

Memberi teguran mengenai sikap dan salah laku iaitu :

1) Disiplin
- terdapat 2 kes buli yang melibatkan murid-murid lelaki dan perempuan.
- Kes 1 ada murid lelaki yang menyuruh murid perempuan untuk mengangkat beg mereka.
- Kes 2 ada di kalangan murid yang meminta duit rakan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia
melibatkan salah laku disiplin yang berat.
2) Kebersihan
- tahap kebersihan di tahap kurang memuaskan. terlalu banyak sampah di dalam longkang
terutama selepas rehat.

Ucapan Guru Bertugas (Pn Fadhilah bt Talib)


Tema : Tanggungjawab Murid Terhadap Guru

Terdapat 7 adab-adab yang ditekankan sebagai tanggungjawab murid terhadap guru
iaitu :
  1. Memberi hormat ketika guru yang masuk ke dalam kelas dengan ucapan Assalamualaikum atau Salam Sejahtera.Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.
  2. Menunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru.
  3. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru dengan sopan.
  4. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh kamu berbuat demikian.
  5. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.
  6. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan.
  7. Ucapkan terima kasih kepada guru kamu sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.
LAWAD :

Bahasa Melayu – belanja (wang untuk membeli/membayar sesuatu)
Bahasa Inggeris – fall (jatuh)
Bahasa Arab – lausamahtu (izinkan saya)

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun 1 - 1 Lambda
Tahun 2 - 2 Alza
Tahun 3 - 3 Cengal

Ucapan Puan Nor Arzah
1) Esok, 12 Julai 2011 akan diadakan Ceramah dan Pameran Agensi Antidadah Daerah Sepang.
Semua murid terlibat dalam ceramah tersebut seperti dibawah :
Tahun 1 dan 3 - 2.15 hingga 3.15 petang
Tahun 2 - 4.40 hingga 5.40 petang
Pameran antidadah bertempat di Bilik Kemahiran Hidup. murid-murid boleh lawati pameran
sebelum 1.20 petang dan sesama rehat.

2) Menegur sikap murid perempuan yang menggunakan telekung guru. Selepas digunakan
hendaklah melipat dan meletakkan di tempat yang sepatutnya.

Ucapan Penolong Kanan Petang - Encik Rosdin bin Ibrahim

Beliau menyatakan masalah disiplin dan salah laku sering diperkatakan dalam perhimpunan dan ia adalah tindakan berterusan agar murid-murid ingat. Beberapa perkara ditegur dan menjadi ingatan mengenai disiplin dan salah laku murid ialah :
1) Mulai esok, setiap kesalahan yang melibatkan pelanggaran undang-undang dan peraturan
sekolah serta salah laku murid akan dimasukkan di dalam sistem iaitu Sistem Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM) terutama kesalahan jenayah seperti mencuri, membuli dan
sebagainya.
2) Pagar sekolah di belakang Blok B telah dipotong. Ini membolehkan murid-murid melalui
pagar tersebut. Beliau mengingatkan ia adalah satu kesalahan dan murid-murid dilarang
melaluinya.



No comments:

Post a Comment