Tuesday, July 5, 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2011 (SESI PAGI)


Setiap tahun Israk dan Mikraj disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan oleh seluruh umat Islam di dunia. Peristiwa ini disambut bagi mengingati sirah perjalan nabi dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha sehinggalah menerima perintah solat lima waktu sehari semalam.
Rentetan daripada peristiwa bersejarah itu, tanggal 1 Julai 2011 bersamaan
29 Rejab 1432H, telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

Beberapa acara / aktiviti telah dijalankan. Antaranya ceramah serta kuiz untuk tahun 4 dan 5 dan pertandingan kuiz bertulis untuk tahun 6. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Mohamad. Berikut ialah sisipan gambar yang sempat dirakam semasa berlangsungnya majlis tersebut..












Penyampaian hadiah telah dijalankan pada 4 Julai 2011.  Beberapa paparan gambar semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan kuiz bertulis untuk murid tahun 6:





Terima kasih kepada semua AJK pelaksana yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
Semoga mendapat keberkatan daripada Ilahi.

No comments:

Post a Comment