Thursday, July 28, 2011

LAWATAN GURU-GURU SK TAMAN SRI MUDA KE SKTPP

Pada 28 Julai 2011, Sk Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada SK Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terdiri daripada 14 orang guru-guru tahun 1 dan pentadbir sekolah. Lawatan yang bertujuan untuk melihat sendiri perjalanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR merangkumi sistem fail, penggunaan standard prestasi dan pembinaan instrument. Penerangan mengenai Sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad. Bengkel mengikut subjek turut diadakan untuk perkongsian ilmu. Semoga ilmu dan maklumat yang diperolehi dari SKTPP dapat diaplikasikan dan digunakan sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat KPM.

Para pelawat sedang mendengar dengan teliti taklimat SPPBS.

Puan Jumilah sedang menyampaikan taklimat mengenai SPPBS dengan terperinci.

Bergambar bersama pentadbir dan guru-guru SK Taman Sri Muda.

1 comment: