Monday, July 4, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 24(SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 04 Julai 2011
Masa : 6.10 - 6.40 petang

GURU BERTUGAS
Pn. Shurhama (K)
Pn. Grace
Pn. Nora
Pn. Nor Maziah
Pn. Siti Maziah
Pn. Suriyana

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Faris Aiman (Tahun 3 Almon)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Siti Maziah
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal (Tahun 3 Seraya)

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN. AINUL BALKISH)
-Ucapan tahniah kepada semua murid yang hadir dengan semangat pada hari Sabtu sempena Larian Serentak 1 Murid 1Sukan 1Malaysia.
-mengingatkan semula murid tentang larangan berjalan di tapak perhimpunan.
-melarang murid membeli makanan ringan dengan penjaja luar dan makan aiskrim Malaysia.

UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN. SITI MAZIAH)
1. Pengumuman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Tahun 1 : 1 Lambda
Tahun 2 : 2 Alza
Tahun 3 : 3 Cengal

2. Tema : Tanggungjawab Murid Terhadap Ibubapa
Ringkasan ucapan:
a. belajar bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan (sentiasa menyiapkan kerja sekolah)
b. menghormati ibu bapa (jangan melawan cakap ibu bapa)
c. menjaga ibu bapa ketika sakit (mengasihani mereka,jangan buat perkara yang menyusahkan mereka)

3.LAWAD hari ini:
Bahasa Melayu – tipis (maksudnya tidak tebal, nipis)
Bahasa Inggeris – butterfly (rama-rama)
Bahasa Arab – samaqul (ikan)

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, EN. ROSDIN BIN IBRAHIM
Mengingatkan murid jika sakit awal-awal hari persekolahan, jangan datang ke sekolah.
Memberi nasihat kepada murid-murid agar tidak berbuat bising dan bermain semasa perhimpunan dijalankan. Jika masih berkelakuan nakal, murid akan berdiri di depan.
Menghormati ibu bapa dan juga guru.


Disediakan oleh: Puan Grace

No comments:

Post a Comment