Wednesday, July 13, 2011

Pameran Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Pada 8 Julai 2011 (Jumaat), SKTPP telah dijemput untuk membuat pameran mengenai SPPBS ini di SK Seksyen 7, Bangi.  Pameran ini dijalankan berikutan dengan pelancaran Buku Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. Beliau telah meluangkan masa mendengar dan melihat tranformasi pelaporan yang berjaya dilakukan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bersama beliau, ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Y.Bhg. Dato Abd. Ghafar bin Mahmud dan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Tuan Haji Sufa'at bin Tumin. 

Pihak sekolah, telah diberi mandat untuk menerangkan mengenai sistem pengurusan pentaksiran sekolah yang dijalankan secara online kepada semua pengunjung yang datang ke tapak pameran SKTPP.  Sememangnya tapak pemeran sekolah ini telah dikunjungi oleh ramai pengetua, guru besar, guru-guru penolong kanan malah guru-guru terutamanya yang mengajar tahun 1, yang berminat untuk melihat bagaimana sistem ini beroperasi.

Sememangnya, rata-rata pengunjung amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, dan kagum melihat bahan pameran dan fail-fail folio murid yang disediakan oleh jurulatih-jurulatih utama (JU KSSR) iaitu Pn Jumilah, Pn Parimala, Pn Ezza, Pn Suzilawati dan Pn Norsyukri Hidayati bersama-sama semua guru yang mengajar tahun 1.  Malah Puan Siti Habsah selaku GPK SKTPP dan Encik Sukimin b Juki, Guru Besar SKTPP turut memberikan penerangan kepada pengunjung yang datang.

Pameran ini berlangsung seawal 7.30 pagi dan berakhir pada 3.30 petang.  Berikut adalah galeri gambar yang sempat dirakam sepanjang pameran ini berlangsung.






























































Ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pameran ini.





No comments:

Post a Comment