Thursday, May 2, 2013

Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications telah merancang untuk melaksanakan Karnival 1BestariNet Virtual Environment Learning (VLE) di seluruh negara.  Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sepang telah diberi penghormatan untuk menjadi venue pertama tempat berlangsungnya siri 1BestariNet Roadshow ini.  Sekolah akan menjadi tuan rumah bagi kluster 56 yang mengandungi 22 buah sekolah lain dari daerah Sepang.

  1. BBD9455   SJK(T) DENGKIL
  2. BBC9402   SJK(C) DENGKIL
  3. BBD9457   SJK(T) TAMAN PERMATA
  4. BEB9701   SMK DENGKIL
  5. BHA9001   SM VOKASIONAL SEPANG
  6. BFT9001   SAM SG MERAB LUAR SEPANG
  7. BEA9607   SMK SERI PUTERI (SMBP)
  8. BEA9609   SMK CYBERJAYA
  9. BEA9611   SMK PUTRA PERDANA
  10. BBC9404   SJK(C) SIN MING
  11. BBD9461   SJK(T) LDG WEST COUNTRY 'BARAT'
  12. BBA9214   SK PULAU MERANTI
  13. BBA9228   SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
  14. BBA9226   SK CYBERJAYA
  15. BBA9213   SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA
  16. BBA9211   SK SG MERAB LUAR
  17. BBA9212   SK DESA PUTRA
  18. BBA9210   SK DENGKIL
  19. BBA9209   SK JENDERAM HILIR
  20. BBA9216   SK BKT TAMPOI (ASLI)
  21. BBA9208   SK JENDERAM

  • 1BestariNet merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membestarikan sistem  pendidikan negara kita.
  • Antara komponen 1BestariNet ialah capaian internet YES 4G, penggunaan aplikasi Frog VLE dan penggunaan teknologi cloud computing.
  • Chromebook dikatakan bakal menggantikan teknologi notebook/netbook. Ia adalah serasi dan selari dengan keperluan 1BestariNet  dari segi teknologi capaian internet, cloud computing,  dan jenis operating system yang digunakan. Klik di sini.
  • Sebagai Ibu bapa/Penjaga murid sekolah di Malaysia, anda sepatutnya telah diberi akaun 1BestariNet YES (dikenali sebagai akaun Frog) secara percuma. Contoh Id Penggunanya ialah  ali@yes.my.  Akaun  ini telah tersedia dihubungkan dengan akaun 1BestariNet (akaun Frog) semua anak  anda yang bersekolah.  Ini membolehkan anda memantau perkembangan pembelajaran mereka secara dalam talian dengan menggunakan platform Frog VLE.
SEKIRANYA ANDA INGIN MENGETAHUI TENTANG
  •  Apa itu Chromebook? Apakah kelebihannya? Ingin cuba menggunakannya?
  •  Virtual Learning Environment (VLE)  
  •  Jawapan segala masalah berkaitan aplikasi Frog VLE?
  •  Apa yang dimaksudkan dengan capaian Aplikasi Frog percuma.
  •  Bagaimana untuk mendapatkan kredit RM50 ke dalam akaun 1BestariNet YES anda  dengan percuma
  •  Apakah yang dikatakan capaian internet YES 4G.
  •  Gajet-gajet yang berkaitan dengan teknologi YES 4G.
Rungkaikannyalah dengan hadir ke

“1BESTARINET ROADSHOW”

DI SK TAMAN PUTRA PERDANA

Tarikh: 11 Mei 2013
Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi-2.00 petang
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Rebutlah peluang ini dengan datang awal memandangkan sekolah kita menjadi tuan rumah kepada 22 buah sekolah berhampiran yang lain.
  •  Terdapat lima booth yang disediakan di mana setiap satunya menyediakan hadiah untuk setiap pengunjung. Setiap pengunjung yang mengunjungi kelima-lima booth tersebut akan mendapat satu lagi hadiah istimewa. 



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN

(PRA-DAFTAR BERMULA DARI HARI INI)



Layari laman www.frogasia.com/roadshow


    1.       Pilih Pre-register


2.     Click Register now!

3.       Anda akan dibawa ke laman


-       Jika tidak tahu ID pilih STEP 1 (Retrieve my ID) – Isi maklumat yang diperlukan
-       Jika telah tahu ID terus ke STEP 2 (Activate my ID) – Isi maklumat yang diperlukan
-       Pilih STEP 3 (Register)

Sila klik 11 May

Sila klik
SEL-PPD SEPANG-SK TAMAN PUTRA PERDANA


Sila key in no IC dan ID Yes, kemudian klik FIND

Isi maklumat yang diperlukan,
kemudian klik REGISTER


*Cetak dan bawa maklumat tersebut pada 11 Mei untuk mendapatkan kredit RM50.
*Jika membuat pendaftaran pada 11 Mei hanya RM20 kredit akan diberi.
*Untuk keterangan lebih lanjut sila hadir pada 11 Mei 2013.

3 comments:

  1. Salam, sangat menarik. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Saya guru dari Kinabatangan. masih belum mendapat pendedaan begini. SK Dengkil merupakan tempat saya menimba ilmu waktu kecil (1991-1996). Alhamdulillah, dipilih sebagai sekolah rintis. Moga blog ini sentiasa update utk perkembangan FROG. Saya amat berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami akan mengemaskini mengenai FROG dari masa ke semasa

      Delete
  2. Cikgu Mustakim... saya difahamkan VLE sudahpun 'menyerang' Sabah. Buat permulan PPD telahpun diberi latihan. Nanti insya-Allah saya cuba dapatkan bila Kinabatangan akan mula di'serang' Frog

    ReplyDelete