Monday, April 29, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS BERKELOMPOK


Pada hari Jumaat 26 April 2013, jam 8.30 pagi, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan rombongan daripada negeri Terengganu Darul Iman  untuk melihat sendiri pengendalian dan pengurusan PBS KSSR yang telah dijalankan  di sekolah ini.

Rombongan yang tiba ialah daripada wakil Sektor Penilaian Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Pejabat Pelajaran Dungun, SMK Wataniah Besut, SMK Tun Telanai, SMK Ibrahim Fikri, SMK Jenagor, SMK Guntong, SMK Mak Lagam, SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Belara, SK Batu 7, SK Kuala Berang, SK Putera Jaya, SK Sultan Sulaiman 1, SK Gong Kapas, SK Tok Jiring dan SK Tengku Mahmud. 

Taklimat PBS tersebut telah disampaikan oleh Puan Jumilah binti Ahmad dan juga Guru Besar, En Sukimin b Juki. Banyak perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Semua peserta rombongan yang datang amat berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS yang diberikan. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari. 

Ini adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:

Ahli rombongan berada di ruang menunggu, Pusat Sumber sekolah.

Suasana di Bilik Mesyuarat, SKTPP

Taklimat PBS disampaikan oleh Pn. Jumilah Bt. Ahmad (SU PBS) dan En. Sukimin (GB)

Cenderahati daripada pihak rombongan

Suasana di bilik KSSR
Pn. Ezza dan Pn. Arnny sedang menerangkan tentang PBS KSSR kepada ahli rombongan
Ahli rombongan bergambar bersama dengan En. Sukimin (GB)

Salah seorang ahli rombongan, iaitu Pn. Zaiton merupakan bekas guru kepada Pn. Malisha


No comments:

Post a Comment