Saturday, August 29, 2015

Kelas Tambahan Menjelang Merdeka

UPSR semakin hampir - tak sampai 10 hari lagi. Isnin cuti kelepasan am sempena Hari Kemerdekaan. Hari ini kelas tambahan tetap diadakan sebagaimana yang dirancang. Terima kasih anak-anak murid. Kehadiran ke kelas tambahan tersebut sangat memberangsangkan walaupun cuti hujung minggu 3 hari. Semoga ia memberi petanda keputusan yang bakal kalian terima nanti sebagaimana yang kita hasratkan. Terima kasih guru-guru, terima kasih ibu bapa atas komitmen. Usaha dan terus berusaha diiiringi doa dan bertawakkal kepadaNya. Kejayaan di tangan anak-anak murid sendiri, fokus dan teruskan misi sehingga ke titik akhir...




No comments:

Post a Comment