Monday, August 10, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh : 10 Ogos 2015
Masa   : 1.20 Petang - 1.50 Petang

Guru Bertugas :

  1. Pn Salina Binti Mohd Tasu
  2. Pn Norlida Binti Othman
  3. Pn Azizah Binti Abdul Hamid
  4. Pn Suzelawati Binti Zakaria
  5. Pn Ezza Hairani Binti Zainuddin
  6. En.Mohammad Saiffol Bin Ngabiah
Laporan

1. Nyanyian,Bacaan Doa dan Ikrar.
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku,lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyayian 3 buah lagu ini dipimpin oleh Pn Salmi Binti Amir.
  • Bacaan Doa oleh adik Arif Arfan bin Abdul Razak dari kelas 3 Surgeri.
  • Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Pn Norlida Binti Othman.
  • Ikrar murid diketuai oleh Ketua Pengawas sesi petaang iaitu adik Nuraneesa Binti Mohd Abdul Aziz.
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas.

Laporan disampaikan oleh Pn Shurhama Binti Ahmad. Antara perkara yang disampaikan ialah :

   2.0 Sampah
  • Sikap murid yang gemar membuang sampah merata-rata. Murid tidak menjaga kebersihan di dalam bilik darjah. Murid gemar mengoyak buku latihan untuk membuat origami berbentuk kapal terbang serta membiarkan kertas-kertas tersebut berselerakan di lantai.
  • Murid juga didapati gemar meninggalkan sampah iaitu pembalut makanan di dewan. Beliau menasihati murid agar bersikap bertanggungjawab dan sentiasa menjaga kebersihan.
   2.1    Tapak perhimpunan
  • Beliau mengingatkan murid bahawa tapak perhimpunan adalah kawasan larangan. Murid gemar melintasi tapak perhimpunan semasa waktu rehat dan waktu tamat persekolahan pada waktu petang.
   2. 3  Murid berkeliaran pada waktu tamat persekolahan.
  • Didapati terdapat murid yang berkeliaran pada waktu tamat persekolahan pada waktu petang. Murid diingatkan agar menunggu ibubapa masing-masing di pondok pengawal sekiranya ibubapa lewat untuk menjemput pulang.
3. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Norlida Binti Othman)
  • Beliau memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan memaklumkan murid untuk berjumpa dengan guru bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.
  • Beliau mengulas mengenai tema pada minggu ini iaitu " Kesopanan dan Kesusilaan". 
  • Beliau menasihati murid agar sentiasa menjaga adab dan sopan semasa bertutur dan menjaga tingkah laku agar keharmonian dapat dikekalkan.
4. Program 5 minit bersama DARIH
  • Adik Nur Arianna El Emin Binti Mohd Fakhri El Emin menyampaikan maklumat mengenai punca seseorang itu mengambil alkohol.
  • Diantara puncanya ialah:
          a) mudah diperolehi
          b) pengiklanan.
          c) pengaruh rakan sebaya
          d) mencontohi penjaga,ibubapa dan keluarga
          e) mencontohi idola

5. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
  • Tahun 1 
          - Vanadium
          - Ferum
          - Aurum

  • Tahun 2
         - Angklung
         - Tabla
         - Gambus
  • Tahun 3
        - Surgeri
        - Obstetrik
        - Respiratori

6. LAWAD minggu ini
    
    Bahasa Melayu:
        -becak = lumpur
    Bahasa Inggeris:
        -dustbin = tong sampah
    Bahasa Arab:
       -mushtun = sikat


Ucapan guru bertugas minggu ini,Pn Norlida Binti Othman

Pn Shurhama sedang menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas.

Program 5 minit bersama DARIH

Pemenang keceriaan kelas tahun 1(1 Vanadium)

Pemenang keceriaan kelas tahun 2(2 Angklung)

Pemenang keceriaan kelas tahun 3(3 Surgeri)





Disediakan Oleh,
Salina Binti Mohd Tasu
       
      


No comments:

Post a Comment