Tarikh : 24 Ogos 2015
Masa : 0730 - 0810
Guru bertugas
- Ustaz Zurilazman Abdullah
- Siti Rabiaah Mohammad
- Julaili Onian
- Nurul Iman Illyas
- Ainul Balkish Mohd Aris
- Rosmizawati Yusub
- Nurzainon Mohd Razalli
- Ustazah Azlina
Laporan
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah di bawah pimpinan adik Husna Aqilah bt Mohd Afzanizan
- Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
- Ikrar murid diketuai oleh adik Iffah Firzana bt Zulhazmi
2. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Noor Hayati bt Yusof)
- Kebersihan masih di tahap yang kurang memuaskan walaupun seringkali ditegur. Sampah berteraburan terutama selepas perhimpunan.
- Ada dalam kalangan murid membuat tidak endah bunyi loceng dan masih membeli makanan di kantin walaupun telah bermula perhimpunan dan sesi pembelajaran
- Murid sering berkejaran sebelum perhimpunan pagi bermula dan adakalanya sehingga melanggar guru.
- Murid diingatkan untuk tidak membawa barang terlarang seperti vape ke sekolah. Jika tidak, tindakan yang tegas akan diambil
- Murid diingatkan untuk menjaga tingkahlaku sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Murid diingatkan untuk membudayakan memberi salam kepada guru
- Keputusan pertandingan kebersihan kelas :-
2 - Apple 2 - Pluto 2 - Zeta 2 - Waja
3 - Lenovo 3 - Marikh 3 - Tetha 3 - Alza
3. Ucapan Guru Bertugas Minggu (Puan Julaili Onion)
- Tema : kesopanan dan kesusilaan
- bertujuan membentuk warga negara yang bersopan santun dan bertatasusila
- bersopan santun dan bertatatasusila patut diamalkan bagi membentuk masyarakat berdisplin serta bermoral tinggi yang boelh membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
- bersopan santun di sekolah boleh diterapkan dengan cara :
i) saling menghormati
ii) memanggil nama kawan dengan panggilan yang baik
iii) memohon maaf andai melakukan kesilapan
iv) tolong-menolong dan membiasakan mengucapkan terima kasih
disediakan oleh : Puan Nurul Iman binti Illyas
No comments:
Post a Comment