Sekolah tak pernah putus memikir, merancang dan melaksanakan program-program memperkasakan akademik terutama UPSR yang menjadi indikator kejayaan semua sekolah rendah. Sejak awal tahun lagi ia merupakan core-business para pengurus dan guru-guru. Sempena minggu akhir minggu depan menjelang Peperiksaan UPSR, guru-guru telah merangka program ala-ala pecut yang dinamakan Program Bidikan Akhir UPSR 2015. Semoga calon-calon UPSR kita akan lebih bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi ujian besar pada 8 -10 September 2015 nanti.
No comments:
Post a Comment