Monday, August 17, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Hari     : Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2015
Masa   : 7.30 pagi - 8.15 pagi

Guru Bertugas :
  1. Nor Hayati bt Yusof
  2. Srimahathevan a/l Vadivelu
  3. Maimunah bt Yob
  4. Rosmawati bt Desa
  5. Faridatul Akmal bt Ismail
  6. Mohd Kamarul b Abdul Bakar
  7. Arjunawati bt Ahmad Nuze
Laporan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan Nor Hayati bt Yusof.
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
    
    a. Laporan disampaikan oleh Pn Siti Masra. Antara perkara yang disampaikan ialah :
  • Minggu peperiksaan iaitu PKSR 2 dalam keadaan terkawal.
  • Murid perlu peka dengan bunyi loceng. Masuk kelas selepas dengar bunyi loceng. Masih ada murid yang makan walaupun loceng telah dibunyikan.
3. Ucapan Guru Bertugas - Kedaulatan undang-undang (Pn. Nor Hayati bt Yusof)
  • Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama taraf di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
  • Undang-undang negara berasaskan kepada perlembagaan.
  • Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
  • Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
  • Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua  masyarakat akan merasa selamat.
4. LAWAD minggu ini
    
    Bahasa Melayu:
        - bermastautin = menetap
    Bahasa Inggeris:
        - environment = persekitaran
    Bahasa Arab:
       -  a'lamun = bendera

5. Program 5 minit bersama DARIH
  • Adik Maiza Najwa menyampaikan maklumat mengenai tanda-tanda ketagihan 
  • Di antara tanda-tanda ketagihan adalah:- 
       a. tanda fizikal:
  • tekanan darah meningkat
  • pengecutan salur darah pada permukaan kulit
  • menyebabkan kulit terasa sejuk
  • cirit-birit
  • tangan menggeletar
  • loya dan muntah
  • dengupan jantung lebih laju
  • pernafasan pendek. 
      b. corak pemikiran 
  • gian untuk menghisap rokok
  • berasa gelisah, risau dan bimbang
  • tidak boleh menumpukan perhatian
      c.  corak emosi
  • mudah marah
  • mudah runsing
  • rasa bimbang
  • gelisah
      d.  perubahan kelakuan
  • kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
  • tercicir dari sekolah
  • perubahan sikap dan tingkah laku
  • terlibat dalam kegiatan jenayah.
6. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
  • Tiada kerana PKSR 2. 
  • Penyampaian hadiah mewarna dan melukis poster.
7. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Pn. Azizah bt Mokhlas

  • Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada sumbangan wakaf dan pembangunan sekolah.
  • Sebanyak RM6500 telah dapat dikumpulkan setakat ini. Pihak sekolah amat mengalu-alukan lagi sumbangan dalam tempoh kelulusan yang diberi oleh PPD selama 3 bulan yang akan datang.
  • Murid Tahun 6 masih ada 2 minggu sahaja tempoh untuk memberikan sepenuh tumpuan dan persediaan yang terakhir untuk peperiksaan UPSR. Semoga semua murid berjaya dengan cemerlang







No comments:

Post a Comment