Monday, August 3, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Petang)

Hari:                Isnin

Tarikh:             3 Ogos 2015

Masa:               1.20 – 1.50 petang


 Guru bertugas:

 1.      Puan Zabedah binti Othman

2.      Puan Tuan Nor’ Ain binti Tuan Azhar

3.      Puan Jumilah binti Ahmad

4.      Puan Shurhama binti Ahmad

5.      Puan Maizara binti Mahat (cuti bersalin) diganti oleh Cik Amirah Hazuanie binti Mohd Zaidi

6.      Puan Rabihah binti Amirudin

7.      Ranjiny a/p Rajah


Barisan guru - guru bertugas pada minggu ini
Tiada di dalam gambar : Puan Tuan Nor'Ain, Cik Amirah dan Puan Ranjiny.

Laporan

 1.0              Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi Amir.

 Bacaan doa dipimpin oleh adik

 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Shurhama binti Ahmad.

Ikrar murid Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz.

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nuraneesa
2.0       Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nurazlin binti Mohd Nor)

 Beliau menasihatkan murid-murid supaya menghormati guru-guru terutama ketika guru berada di dalam kelas untuk mengajar. Ini kerana terdapat segelintir murid-murid bermain-main di dalam kelas ketika sesi pembelajaran berlangsung.

 Beliau juga menasihatkan murid-murid agar tidak terlalu bergembira bergurau senda sehingga berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kecederaan.


Peringatan daripada Cikgu Nur Azlin

3.0       Laporan Guru Bertugas (Puan Shurhama binti Ahmad) Beliau memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru bertugas. 

 Beliau juga memberi info tentang tema yang bertajuk faedah menabung bersempena dengan hari raya yang baru berlalu, di mana murid-murid mendapat duit raya, hendaklah disimpan di dalam tabung atau bank apabila telah penuh.


 4.0       Penyampaian Hadiah Kebersihan

     Tahun 1

Pertama  - Vanadium

Kedua     - Aurum

Ketiga     - Ferum

Tempat pertama: 1 Vanadium
Tahun 2

Pertama    -Angklung

Kedua       -Tabla

Ketiga       -Gambus

 
Tempat pertama: 2 Angklung

Tahun 3

Pertama   - Surgeri

Kedua      - Obstetrik

Ketiga       - Pediatrik


Tempat pertama: Tahun 3 Surgeri

5.0       Taklimat Pusat Sumber Sekolah oleh Puan Arrny Yusnita

              Beliau menggalakkan murid-murid supaya pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk   membaca buku-buku bagi menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga menerangkan cara-cara menyimpan buku-buku di dalam kotak bacaan dengan betul. Beliau juga menasihati murid-murid agar dapat menjaga buku-buku dengan baik dan mematuhi peraturan-peraturan semasa berada di pusat sumber.

Laporan disediakan oleh :

Puan Rabihah binti Amirudin

No comments:

Post a Comment