Tuesday, August 11, 2015

Program Motivasi Murid- Murid HALUS Tahun 6, 2015.


Program Motivasi Murid HALUS Tahun 6 ini mensasarkan murid- murid terpilih dalam harapan lulus dalam UPSR 2015. Murid- murid ini disaring melalui peperiksaan Percubaan pertama UPSR.
Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran dan motivasi pada murid- murid HALUS tentang pentingnya ilmu dan membina keyakinan diri dalam menghadapi UPSR. Program ini dijalankan pada:
     Tarikh: 11 Ogos 2015
     Masa : 9 pagi
     Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Semoga program ini dapat menyuntik semangat dan rasa tanggungjawab murid- murid HALUS untuk terus mara menuju kejayaan.
Program diacarakan oleh Puan Azila dan doa dibacakan oleh Ustaz Ahmad Zunaidi.

Semoga murid- murid HALUS ini dapat mengaplikasikan ilmu yang disampaikan.


Semoga program memberi impak yang berguna kepada murid- murid HALUS.


Bantinglah otak untuk mencari ilmu sebanyak-banyaknya guna mencari rahasia besar yang terkandung di dalam benda besar yang bernama dunia ini, tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari, iaitu pelita kehidupan jiwa. ( Al- Ghazali )

Disediakan oleh,
Norziani Binti Zubir

No comments:

Post a Comment