Wednesday, August 5, 2015

Malam Gema Selawat SKTPP 2015

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana pada tahun ini akan menganjurkan satu Program Wakaf Pembinaan Surau & Sumbangan Pembangunan Sekolah. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mencari dana (wakaf) bagi membina sebuah surau baharu di sekolah ini untuk memenuhi keperluan bilangan murid yang semakin bertambah setiap tahun. Manakala dana (sumbangan) pembangunan sekolah pula akan digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal sekolah yang meliputi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Satu majlis yang dinamakan 'Malam Gema Selawat SKTPP 2015' akan diadakan sempena pelancaran program wakaf dan sumbangan pembangunan tersebut pada ketetapan berikut;

Tarikh  : 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa    : 7.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sharum bin Mohd Sharif (ADUN Dengkil)


Pihak PIBG berbesar hati menjemput semua ibu bapa / penjaga serta orang ramai untuk sama-sama hadir pada majlis tersebut. 

Pelbagai acara telah diaturkan seperti:
  • Alunan Selawat dan tazkirah daripada kumpulan nasyid 'Anwarul Madad' (untuk yang beragama Islam)
  • Ceramah Motivasi Keibubapaan (untuk yang bukan beragama Islam)
  • Jualan gerai terbuka
Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini akan mendapat keberkatan serta dapat merealisasikan matlamat pihak sekolah demi kebaikan seluruh warga SKTPP.

*Bagi pihak yang berhajat untuk memberi Sumbangan Wakaf Pembinaan Surau atau Sumbangan Pembangunan Sekolah, boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03-83119204 atau emel ke sktmnputraperdana@gmail.com

*Sebarang pertanyaan berhubung sewaan gerai terbuka, juga boleh menghubungi pihak sekolah di talian yang sama. Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak RM30.00 bagi satu gerai.

Untuk maklumat lanjut sila layari blog PIBG SKTPP di sini

No comments:

Post a Comment