Thursday, August 6, 2015

Program Jom Cakna Literasi dan Numerasi untuk Murid Pemulihan dan Murid Bekeperluan Khas Daerah Sepang, 2015

Pada 5 & 6 Ogos 2015, Unit Pemulihan Khas SKTPP telah menghantar 4 orang wakil bagi menyertai Pertandingan Jom Cakna Literasi dan Numerasi untuk Murid Pemulihan Khas dan Murid Bekeperluan Khas Daerah Sepang. 

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Memberi peluang kepada murid pemulihan khas untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dan mengira.
  2. Memupuk keyakinan diri murid pemulihan khas untuk bersaing disamping pembentukan sahsiah dan nilai positif.
  3.  Membentuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan murid pemulihan khas.
  4.  Memupuk kemahiran belajar kepada murid pemulihan khas dengan melibatkan persekitaran luar bilik darjah atau alam sekitar.
  5. Mempraktikkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid pemulihan khas.  
Di akhir program, wakil murid dari SKTPP telah berjaya mendapat tempat sebagaimana berikut:
1.  Muhammad Danish Akashah B. Mohd Ridzuan (2 Bonang)
     Johan : Bacalah Sayang (Kumpulan C)
    Johan : Teka Silang Kata (Kumpulan C)
    Johan : Ejaan Lisan (Kumpulan C)
    Naib Johan : Domino Ayat Cemerlang (Kumpulan C)
    
2.  Fakri Zuhairi B. Zulkifli(2 Bonang) 
    Johan : Operasi Tambah
    Johan : Operasi Tolak

3. Muhammad Rafiq Hakim B. Hasmizan (2 Bonang)
    Tempat Ke-3 : Bentuk dan Warna

Keputusan keseluruhan penyertaan telah menobatkan Muhammad Danish Akashah B. Mohd Ridzuan sebagai Johan Sekolah Keseluruhan (Terbaik Pemulihan).

Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang pertandingan berlangsung.



Peserta tunggal Literasi : Muhammad Danish Akashah untuk pertandingan Bacalah Sayang,
Teka Silang Kata, Kuiz Ejaan Lisan dan Domino Ayat Cemerlang
 


Peserta Numerasi :
1. Mohd Rafiq Hakim - Bentuk dan Warna
2. Fakri Zuhairi - Operasi Tambah dan Operasi Tolak
3. Nurin Qistina - Operasi Darab dan Bahagi

Penyampaian Hadiah:
1. Mohd Danish Akashah - Johan : Bacalah Sayang, Teka Silang Kata, Kuiz Ejaan Lisan
           Naib Johan : Domino Ayat Cemerlang
2. Fakri Zuhairi : Johan Operasi Tambah dan Operasi Tolak
3.  Mohd Rafiq Hakim : Tempat Ke-3 - Bentuk dan Warna



Johan Sekolah Keseluruhan Terbaik Pemulihan telah dinobatkan kepada Mohd Danish Akashah B. Mohd Ridzuan


Bersama Guru Besar SKTPP, Pn. Hjh Rohaidah Bt. Mohd Ali


"KAMI BENCI DADAH"


"KAMI BOLEH!!"






No comments:

Post a Comment