... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 14, 2015

Malam Gema Selawat SKTPP 2015

Syukur ke hadrat Illahi atas usaha pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana yang telah mengadakan Program Wakaf Surau dan Sumbangan Pembangunan Sekolah. Pada malam yang bersejarah ini satu majlis istimewa telah diadakan sempena pelancaran program wakaf dan sumbangan tersebut yang dinamakan 'Malam Gema Selawat SKTPP 2015'.

'Malam Gema Selawat SKTPP' ini adalah satu program berselawat sambil menderma bertujuan untuk mengumpul dana PIBG dalam pembinaan surau dan pembangunan sekolah. Pembinaan sebuah surau amat perlu dalam menampung jumlah murid yang semakin bertambah di samping membantu meningkatkan pembangunan sekolah dari aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum. Dalam masa yang sama program ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan ibu bapa serta penduduk setempat. Semoga program ini dapat menarik lebih ramai penyumbang dalam menjayakan hasrat PIBG dan sekolah untuk membina sebuah surau baharu serta mengukuhkan prestasi kecemerlangan SKTPP pada masa akan datang.

Objektif

Program 'Malam Gema Selawat SKTPP' sempena pelancaran wakaf surau dan sumbangan pembangunan sekolah ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam:

  1. Mengubahsuai Dewan Taman dan Putra menjadi sebuah surau yang berperanan sebagai pusat aktiviti keagamaan kepada warga sekolah terutama murid.
  2. Mewujudkan tempat ibadah dan ruang solat yang selesa dan kondusif bagi melakukan solat berjemaah setiap hari Rabu sebelum aktiviti Kokurikulum.
  3. Bagi menggantikan musolla yang sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai.
  4. Penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah yang lebih baik dan berkesan untuk keselesaan warga sekolah.
  5. Menyediakan ruang solat yang lebih selesa untuk program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR yang melibatkan ibu bapa dan murid.
  6. Penambahbaikan dalam pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum.

Manakala Sumbangan Pembangunan Sekolah akan digunakan untuk :

a. Kurikulum
  • Menjalankan program kecemerlangan UPSR serta program Tahun 1 hingga 5.
  • Menggalakkan panitia-panitia dalam menganjurkan program atau aktiviti yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik murid.
  • Membantu guru dan murid dalam penyediaan bahan bantu mengajar yang lebih baik dan berkesan.
b. Hal Ehwal Murid (HEM)

  • Menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan mengadakan program untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang DARIH.
  • Membantu murid-murid yang kurang berkemampuan dari segi kebajikan.
  • Mempelbagaikan program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan)

c. Kokurikulum

  • Melaksanakan program atau aktiviti sukan dan kebitaraan dalam mencungkil bakat dan kemahiran murid bagi menaikkan nama sekolah.
  • Menganjurkan program atau aktiviti untuk menggalakkan penglibatan murid dalam kebudayaan dan kesenian.
  • Meningkatkan penyertaan murid dalam banyak pertandingan dan program yang boleh melonjakkan nama sekolah.

Berikut paparan kemeriahan sepanjang majlis berlangsung...


Pendaftaran ibu bapa dan guru-guru di Dataran Perhimpunan SKTPP
Guru Besar SKTPP, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali serta YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian bersama tetamu jemputan;
Tn. Hj. Motalib bin Tomran - Timbalan PPD Sepang
Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir - Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang
En. Idris bin Hussin - YDP PIBG SK Taman Putra Perdana 2
Pengacara Majlis - En Noorhisham b Mohd Noor dan Pn Norli bt Hassan
Bacaan doa - En Muhammad Saiffol b Ngabiah; Tayangan slaid video;
Ucapan Guru Besar - Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali;
Ucapan YDP PIBG - Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian
Ucapan perasmian oleh Timbalan PPD - Tn Hj. Mutalib b. Tomran;
Penyampaian sijil dan cenderamata kepada perasmi
Alunan Selawat daripada kumpulan Nasyid 'Anwarul Madad'
Gerai jualan
Kaunter Wakaf dan Kaunter Sumbangan

Pihak SK Taman Putra Perdana dan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Malam Gema Selawat ini. Semoga matlamat usaha murni ini akan tercapai berkat kerjasama semua pihak. 

Teruskanlah menyumbang dan membantu mendapatkan sumbangan dan wakaf surau ini sehingga terbinanya surau baharu yang diimpi-impikan. Budi baik semua takkan kami lupakan. Terima kasih banyak...

Lagi laporan Malam Gema Selawat dalam blog PIBG SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.

No comments:

Post a Comment