... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 27, 2016

Hari Jalinan Mesra Siri 1/2016 (Sesi Petang)


Hari:  Khamis
Tarikh:  26 Mei 2016
Masa:  2.00 - 5.00 Petang
Tempat: Kelas Masing-Masing


Setelah selesai menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun selama 4 hari, yang bermula pada 10 Mei 2016 yang lalu, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa dan guru untuk sama-sama melihat perkembangan dan peningkatan prestasi anak-anak dalam bidang kurikulum. Seawal jam 12.30 tengh hari, ibu bapa sudah pun hadir di persekitaran sekolah menantikan keputusan anak jagaan 
masing-masing.  


    Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam penguasaan mata pelajaran yang telah diuji. Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa yang sudi hadir memberikan sokongan kepada anak masing-masing serta pihak sekolah.

Latar Belakang Hari Jalinan Mesra
Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif
Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan 
guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak 
masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Warna-warni potret Hari Jalinan Mesra yang sempat dirakamkan ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru:


Kemeriahan ibu bapa, guru serta murid di Ruang Patriotik.
Senyuman guru-guru menyambut kehadiran ibu bapa dan murid ke Jalinan Mesra.
Kaunter wakaf dan sumbangan PIBG juga turut dibuka.

Kaunter Syarikat MZY juga turut memeriahkan Hari Jalinan Mesra.

Senyuman ibu bapa menyerikan Hari Jalinan Mesra.
Puan Maizara, guru kelas 1 Jujur.
Puan Zauiyah, guru kelas 1 Dedikasi.

Puan Norlida, guru kelas 1 Intelek.
Salah seorang ayah murid sedang meneliti keputusan anaknya.
Suasana yang ceria ibu bapa sementara menunggu giliran  sesi perjumpaan bersama guru kelas.
Di antara murid yang menanti kehadiran ibu bapa mereka ke Jalinan Mesra.
Di antara murid-murid yang bersemangat hadir ke Hari Jalinan Mesra.
Aktiviti murid semasa sesi perjumpaan ibu bapa dan guru.
Murid-murid tetap ceria bersama rakan-rakan sambil menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru..


 Syabas dan tahniah sekali lagi buat semua murid dan ibu bapa serta guru-guru SKTPP!


Laporan Disediakan Oleh:
Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

No comments:

Post a Comment