... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 23, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 (Sesi Pagi)

Tarikh       : 23 Mei 2016
Hari          : Isnin
Masa        : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat     : Dataran Perhimpunan SKTPP

GURU-GURU YANG BERTUGAS
1.  Encik Ahmad Musrizuan bin Daud (Ketua)
2.  Pn. Nor Shuhada binti Mohd Noor
3.  Pn. Norliza binti Ali @ Yasim
4.  Pn. Norfauziaton binti Ali Mohamed
5.  Pn. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6.  Pn. Zailezah binti Sardi
7.  Pn. Norbaizura binti Nordin
8.  Pn. Nor Hasimah binti Samarin

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
·     Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
·     Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta).
·     Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Nor Shuhada binti Mohd Noor.
·     Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).

Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Nurliza binti Ab Rahman)
Beliau menyentuh mengenai isu disiplin murid :

  1. Murid-murid diminta menggunakan gelas yang disediakan untuk meminum air dari ‘water cooler’ bagi menjamin kebersihan.
  2. Murid-murid dinasihatkan agar tidak berkeliaran selepas loceng tamat rehat berbunyi.  Murid-murid sepatutnya beratur di Dewan Perdana.
  3. Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuang sampah di merata tempat.
  4. Kelas kotor kerana sampah tidak dibuang. Murid-murid diminta membersihkan kelas bersama dengan murid yang bertugas.
  5. Murid-murid diingatkan agar menutup lampu dan kipas di dalam kelas apabila bergerak ke bilik-bilik khas atau keluar rehat. 

Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas :
     PPKI    -   Tempat Pertama  : Dell
                Tempat Kedua      : Compaq
                Tempat Ketiga      : Apple

    Tahun 4 - Tempat Pertama  : Orthopedik
                    Tempat Kedua     : Patologi
                    Tempat Ketiga     : Kardiologi

    Tahun 5 - Tempat Pertama  : Utarid
                    Tempat Kedua     : Uranus
                    Tempat Ketiga     : Zuhal

    Tahun 6 - Tempat Pertama  : Theta
                    Tempat Kedua     : Gamma
                    Tempat Ketiga     : Omega

Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Nor Shuhada binti Mohd Noor)
·     Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
·     Lawad : Bahasa Malaysia – Penanda aras bermaksud sesuatu yang dijadikan tanda untuk  mengukur sesuatu                 
       Bahasa Inggeris   – bounce bermaksud melantun
       Bahasa Arab        – I’nabun bermaksud anggur

·     Tema minggu ini ialah Kepentingan Hidup Berdisiplin.
Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan, patuh pada tatatertib atau peraturan. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Wujudnya peraturan di sekolah adalah bertujuan melatih murid-murid supaya berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan di sekolah. Pentingnya hidup berdisiplin dalam diri murid-murid adalah untuk membentuk sahsiah diri yang baik seterusnya melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Ucapan Guru Besar
Puan Hajah Rohaidah mengucapkan syukur kerana di minggu terakhir penggal sesi persekolahan, murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan penuh bersemangat. Beliau mengingatkan  murid-murid tentang Program Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada hari Khamis, 26 Mei 2016. Sesi pagi bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan sesi petang bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang. Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu-bapa. Beliau berharap semua ibu bapa dapat hadir dan dalam masa yang sama, murid-murid perlulah menjaga tingkah laku pada hari tersebut. Semoga murid-murid mengingatkan ibu bapa agar dapat menjelaskan sumbangan PIBG agar program-program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya serta menguar-uarkan tentang sumbangan bagi membina wakaf surau.

Selain itu, Puan Guru Besar juga mengingatkan murid-murid bahawa sekolah akan mula bercuti selama dua minggu bermula 28 Mei 2016 hingga 12 Jun 2016. Namun murid-murid Tahun 6 perlu menghadiri kelas tambahan bermula Isnin hingga Khamis, 30 Mei hingga 2 Jun 2016. Beliau memberi motivasi agar murid-murid Tahun 6 bersemangat untuk belajar dan hadir ke kelas tambahan. Beliau turut berpesan agar sepanjang cuti, murid-murid menjaga keselamatan diri masing-masing walau di mana sahaja berada.

Puan Guru Besar berpesan bahawa apabila murid kembali memulakan persekolahan, bulan Ramadan telah bermula. Beliau berharap semoga semua murid sesi pagi berpuasa. Pada bulan Ramadan murid sesi pagi akan pulang seperti biasa manakala murid sesi petang akan pulang pada pukul 5.30 petang.

Beliau memaklumkan, pada hari Sabtu, 28 Mei 2016, Karnival Amal Sekolah Rendah Islam Nur Hikmah akan diadakan bertempat di SK Taman Putra Perdana. Karnival akan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Murid-murid dan warga Taman Putra Perdana dijemput hadir memeriahkan karnival tersebut, membeli sambil menderma kepada Sekolah Rendah Islam Nur Hikmah.

Beliau turut mengingatkan murid-murid bahawa SK Taman Putra Perdana akan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan bagi pertandingan Bilik Sumber PPDa. Sekolah telah merancang untuk mengadakan projek khas yang telah ditetapkan oleh kementerian. Projek khas, Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" akan diadakan pada 7 Ogos 2016. Murid-murid digalakkan menyertai program ini dan merasai pengalaman menarik dan luar biasa berbanding acara-acara larian yang lain. Murid-murid juga diharapkan dapat menyebarkan maklumat berkenaan program ini kepada ibu bapa dan rakan masing-masing agar dapat menarik lebih banyak penyertaan.

Akhir kata, Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid SK Taman Putra Perdana kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang sama ada Kurikulum, Kokurikulum atau HEM. Sekalung tahniah buat Nabil, Kamarul dan Saf kerana terpilih mewakili daerah Sepang bagi pertandingan bolasepak MSSS.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan pagi :
Guru-guru Yang Bertugas Minggu Ini
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas 
Antara Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas
Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini
Puan Guru Besar Menyampaikan Ucapan 
Murid-murid Khusyuk Mendengar Ucapan Guru Besar

No comments:

Post a Comment