... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, May 24, 2016

Lawatan Sambil Belajar ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak

Lawatan sambil belajar  yang berkonsepkan  pelancongan  merupakan  salah  satu  cara  yang  amat  ideal   dalam  sistem  pendidikan hari ini bagi  membolehkan  proses  pembelajaran  di  sekolah  dapat  dirancang  dan  dapat dijayakan  dengan  sempurna  serta  berkesan. Dalam  menjayakan  program lawatan sambil belajar ini,  para  murid  dapat  memperkayakan  ilmu  di samping  aktiviti yang dirancang dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru dalam kehidupan murid tersebut.
  • OBJEKTIF PROGRAM
Objektif lawatan sambil belajar ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang :
a.     Mengetahui arahan dan peraturan semasa menjalankan aktiviti di luar bilik  darjah
b.     Mengamalkan sikap dan nilai murni dalam kehidupan seharian.
c.      Bersosialisasi dan berkomunikasi antara satu sama lain serta berinteraksi  dengan persekitaran mereka.

  • PELAKSANAAN

Tarikh lawatan dan Hari   : 19 Mei 2016 (Khamis)
Tempat                                 : Lost World Of Tambun, Ipoh Perak
Bilangan Peserta                : 32 Orang
Bilangan Guru                    : 10 Guru Dan 2 Pembantu Murid
Negeri Yang Dilawati       : Perak Darul Ridzuan


MASA
AGENDA

Khamis  (19 Mei 2016)

7.30 a.m
-Mula Berkumpul di perkarangan sekolah
-Pendaftaran
- Sarapan Pagi
8.00 a.m
-Bertolak ke Lost World Of Tambun, Ipoh Perak
10.00 a.m
- Aktiviti Terapi Air
1.00 p.m
-Makan Tengah hari / Solat / Rehat
2.00 p.m
-Melawat Peting Zoo dan aktiviti bersama haiwan ternakan
3.30 p.m
-Melawat sekitar Bandaraya Ipoh
-Solat Asar
6.00 p.m
-Bertolak pulang ke SK Taman Putra Perdana
8.00 p.m
-Tiba di SK Taman Putra Perdana


  • GAMBAR SEPANJANG LAWATAN

Tiba di Lost World Tambun






Bergambar di hadapan pintu masuk

No comments:

Post a Comment