Tuesday, May 17, 2016

Hi tea Hari Guru

Bertempat di Palm Garden, Cyberjaya telah diadakan Majlis Hitea sempena Hari Guru. Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar, NYDP PIBG; En. Syawal, mantan PK1; Tn. Hj. Ahmad Fuadi, mantan guru pra; Pn. Halimatun Saadiah serta jemputan khas YDP PIBG SK Taman Seroja dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi; Tn. Hj. Helmy yang sudi memeriahkan majlis.
   Tahniah buat AJK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) yang telah menganjurkan majlis yang gemilang ini. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan serta keluarga yang telah hadir bukti kerjasama padu umpama sebuah keluarga.
   Tahniah juga kepada AJK yang telah berjaya menyediakan lebih 80 hadiah cabutan bertuah yang sangat memuaskan hati para hadirin. Selamat Hari Guru buat semua. Semoga program ini dapat diteruskan demi merapatkan silaturrahim antara sesama guru dan kakitangan serta PIBG.
























No comments:

Post a Comment