Tuesday, May 10, 2016

Penghargaan PPD Buat Nabil

Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin telah singgah sebentar di sekolah bagi menyerahkan hamper buah-buahan kepada Nabil sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang Nabil semasa Kejohanan Olahraga MSSM ke-58 tempoh hari. Terima kasih banyak tuan PPD. Penghargaan tersebut amat besar maknanya kepada Nabil dan seluruh warga sekolah. Semoga ia akan menjadi pemangkin kepada diri Nabil sendiri serta murid-murid lain agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi...






Kami Benci DARVIH

No comments:

Post a Comment