... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, May 18, 2016

Program Mentor Mentee Bulan Mei 2016

Hari ini, pada pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi, semua mentor bersama murid Tahap 2 menjalani Pogram Mentor Mentee. Program ini dijalankan hanya sekali dalam sebulan. Tahniah diucapkan kepada semua mentor kerana dapat menjalankan program ini dengan lancar.

Tahun 4:
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Asas Komunikasi
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
2. Menggunakan laras bahasa yang betul
3. Melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan
Falsafah: Komunikasi yang baik membentuk peribadi mulia

Tahun 5:
Bidang: Pendidikan Kerjaya Murid
Tajuk: Anak Cemerlang
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyedari potensi diri untuk cemerlang
2. Bertanggungjawab terhadap diri untuk mencapai kecemerlangan
Falsafah: Kecemerlangan membentuk keperibadian mulia

Tahun 6:
Bidang: Peningkatan Disiplin Diri Murid
Tajuk: Jasa Guruku
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyenaraikan peranan dan tugas seorang guru dengan lebih meluas dan terperinci
2. Menghargai jasa guru
Falsafah: Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang mulia

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Mentor (Pn Zailezah) bersama mentee kelas 6 Alfa Kumpulan 2
 Mentor (Pn Musaliha) sedang merekodkan perjumpaan Mentor Mentee kelas 6 Alfa Kumpulan 1



Mentor (Pn Nor Shuhada) bersama mentee kelas 5 Utarid Kumpulan 1

Mentor (Pn Faridatul Aini) bersama mentee kelas 5 Pluto Kumpulan 2
Mentor (Cik Roslinda) bersama mentee kelas 6 Omega Kumpulan 1

 Semoga Program Mentor Mentee kali ini akan lebih merapatkan lagi hubungan antara mentor bersama mentee-menteenya dan juga hubungan mentee bersama mentee yang lain. Bertemu lagi dalam Program Mentor Mentee kali-4 pada 24 Jun 2016.

No comments:

Post a Comment