Thursday, May 26, 2016

Hari Jalinan Mesra Siri 1/2016 (Sesi Pagi)

        Pada hari ini, 26 Mei 2016 (Khamis) telah berlangsungnya Hari Jalinan Mesra Siri 1/2016. Bagi  sesi pagi bermula pada pukul 8.00 hingga 12.00 tengah hari bertempat  di bilik darjah masing-masing.

     Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak -anak di bawah jagaan mereka; terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Di samping itu kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

     Semoga peluang yang tersedia ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pihak dalam menjalinkan kerjasama erat dan bersedia untuk berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah bagi menghadapi masalah global dan persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

Berikut adalah paparan yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.


    Suasana di Kaunter 

Kaunter wakaf dan Sumbangan PIBG dibuka untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa menyumbang.

Guru-guru bertugas di kaunter sumbangan dan menyambut kehadiran tetamu.

  Suasana di bilik darjah

Pn Parimala sedang memberi penerangan kepada salah seorang bapa





Ibu bapa setia menunggu giliran untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak.



Pn Nor-Azura begitu ceria berkongsi perkembangan anak muridnya.


Pn Nik Kamisah sedang memberi penerangan kepada seorang ibu anak muridnya.


 Suasana di PPKI



Suasana di Prasekolah

Pn Hanawati Alinda dan Pn. Iziani sedang berbincang dengan ibu bapa.

Suasana di Bilik Kaunseling 



Pn Juli sedang memberi penerangan tentang perkembangan anak-anak murid yang terlibat dalam program The Champion.

No comments:

Post a Comment