Wednesday, May 18, 2016

Program SUPER VAKS

Pada hari Rabu  18 Mei 2016, bertempat di Dewan Perdana SKTPP telah diadakan satu program yang dikenali sebagai SUPER VAKS Bersama Menggapai UPSR 6 A buat kali kedua.  Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Gemilang UPSR dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini telah dihadiri seramai 252 orang murid Tahun 6.  Program ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohamad Samri b. Othman dari ASA Explore Resource.

Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut :
  • Membimbing peserta menggunakan kekuatan dan kelebihan otak bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran akademik dan pembinaan sahsiah diri.
  • Meningkatkan prestasi peserta dalam melakukan aktiviti rangsangan 4 saraf utama dalam menggapai impian dan matlamat.
  • Mengukuhkan keyakinan peserta bahawa dalam mencapai kejayaan, usaha berterusan adalah faktor utama pencapaian kecemerlangan.
  • Memberi kesedaran kepada peserta bahawa kejayaan itu adalah usaha strategik dengan mengukuhkan sinergi antara murid, guru dan ibu bapa.

   Berikut gambar-gambar yang dirakam semasa program dijalankan :















Semoga program ini dapat membantu sedikit sebanyak meniupkan semangat cemerlang dalam diri anak-anak murid SKTPP.. 

No comments:

Post a Comment