Thursday, March 24, 2011

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSS SELANGOR 2011

Tarikh : 21 - 24 Mac 2011
Tempat : Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid

2 orang murid dari SK Taman Putra Perdana iaitu Mohd. Faiz Najmi b. Mohd. Zam Zam (5 Palm) dan Liyana Aisyah bt. Suhaimi (6 Alamanda) telah terpilih mewakili daerah Sepang bawah 12 tahun ke Kejohanan Boling Tenpin MSS Selangor 2011 yang telah diadakan di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid dari 21-24 Mac 2011.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah acara perseorangan, bergu dan berkumpulan. Walaupun tiada wakil dari daerah Sepang yang berjaya menaiki podium tetapi mereka telah menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan dan mampu mencabar pemain-pemain dari daerah lain.

Pasukan lelaki bawah 12 tahun.

Faiz Najmi & Liyana Aisyah mewakili daerah Sepang.

Pasukan lelaki bawah 12 tahun bersama pengurus pasukan.

Pasukan perempuan bawah 12 tahun sebelum pertandingan.

1 comment:

  1. Terima kasih kepada pihak sekolah, Guru Besar, Pn. Shyamala kerana membenarkan Faiz Najmi beraksi di kejohanan MSSD & MSSS tenpin bowling. Jutaan terima kasih juga kepada cikgu saiful kerana mengambil / menghantar Faiz Najmi disepanjang kejohanan itu berlangsung. Ranking No. 1 di Sepang & No. 23 MSSS adalah pencapaian terbaik beliau sepanjang penglibatannya dalan sukan ini. Kami akan terus menghantar beliau belatih & menyertai mana-mana kejohanan tenpin bowling. Insya allah kita jumpa lagi di tahun hadapan....

    ReplyDelete