Monday, October 29, 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH



Selasa, 23 Oktober 2012 telah berlangsung Hari Kanak-kanak peringkat SKTPP di Dewan Perdana dengan pelbagai aktiviti telah dijalankan.

LATAR BELAKANG
Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di stadium Negara iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan telah berlangsung di Perbadanan Putrajaya pada 19 Oktober 2012 dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan tema Karisma Kanak-kanak: Serlahkan Potensimu  

OBJEKTIF PROGRAM
      1.    Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.
      2.    Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
      3.    Memilih Tokoh Kanak-Kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan   kecemerlangan dalam semua aspek.
      4.     Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka.
      5.    Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.


      ATURCARA MAJLIS

MASA
ACARA
7.20 PAGI
     Guru dan murid berkumpul di Dewan Perdana
7.40 PAGI
     Ucapan pengerusi majlis
     Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal Bin Ismail
8.00 PAGI
     Ucapan wakil murid
     Ucapan serta perasmian Guru Besar Encik Sukimin Bin Juki
8.30 PAGI
     Persembahan murid PPKI
     Persembahan murid Tahun 6
8.50 PAGI
     Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-kanak
9.00 PAGI
     Persembahan Tahun 4
     Persembahan tarian India-Tahun 4 dan 5
     Persembahan tarian zapin-Tahun 6
9.30 PAGI
Majlis Bersurai

    Persembahan Muzikal dari Tahun 4 dengan lagu Ulek Mayang dan Wau Bulan.

    Tokoh Kanak-kanak SKTPP Tahun 2012-Atiqah An-Nur Binti Zainudin

     Persembahan memukau Tarian Zapin dari murid Tahun 6.





2 comments: