Monday, October 29, 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK TAMAN PUTRA PERDANA (SESI PETANG)

Latar belakang Hari Kanak-Kanak

       Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah disambut pada mana-mana hari dalam dalam bulan Oktober.
  
       Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada ketetapan yang berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 23 Oktober 2012
Masa : 1.20 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Dirasmikan oleh : En. Rosdin B. Ibrahim (Penolong Kanan Petang)

       Tokoh Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana sesi petang tahun 2012, dianugerahkan kepada adik Iffah Firzanah Bt. Zulhazmi dari kelas 3 Wira. Kanak-kanak ini telah dilahirkan pada 13 November 2003 di Subang, Selangor. Merupakan anak ke-4. Bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Aktif  mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song 2012 serta cemerlang di dalam bidang akademik iaitu telah mendapat tempat pertama keseluruhan Tahun 3 dalam PKSR 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Ibunya Puan Sapiah Bt. Salleh, seorang Pengusaha Tadika Restu di Taman Putra Perdana. Manakala bapanya pula adalah seorang usahawan di salah sebuah syarikat swasta.

Tokoh Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana (sesi petang) Iffah Firzanah Bt. Zulhazmi dari kelas 3 Wira

Kanak-kanak berkumpul di Dewan Perdana

Menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah



Ucapan wakil murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang

Persembahan dari murid Tahun 1

Persembahan dari murid Tahun 3

Persembahan dari Murid Tahun 2

Persembahan dari murid Tahun 3



No comments:

Post a Comment