Monday, October 8, 2012


PROGRAM GERBANG REMAJA

TARIKH : Isnin - 8 Oktober 2012
MASA : 8.00 pagi-1.20 petang
TEMPAT : Dewan Perdana,Bilik Muzik dan Pusat Sumber Sekolah
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan semua guru Tahun 6


LATAR BELAKANG :
Peralihan alam kanak-kanak ke alam remaja akan dihadapi oleh semua individu. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa di rumah dan guru-guru di sekolah untuk memberi pendedahan awal remaja kepada murid-murid. Pendedahan tentang perubahan fizikal diri serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi penting kepada murid-murid Tahun 6 apabila melangkah ke alam remaja.  


OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan pengetahuan murid tentang perubahan fizikal dan mental yang akan mereka alami sebagai seorang remaja.
  • Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cabaran-cabaran yang akan dilalui sebagai seorang remaja.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menerima perubahan diri secara positif.

SASARAN PROGRAM :
Untuk program pada kali ini, sasaran peserta program adalah seramai 278 orang murid Tahun 6.

ATUR CARA PROGRAM :
Aturcara program adalah seperti berikut :
Masa
Aktiviti
7.50 pagi
Ø  Murid berkumpul di Dewan Perdana
8.00 pagi
Ø  Ice Breaking
8.30 pagi
Ø  Fitrah Diri
9.30 pagi
Ø  Fiqh Asas dan Persoalannya
10.30 pagi
Ø  Rehat & Minum pagi
11.00 pagi
Ø  Bagaimana Mengurus Fitrah
12.00 tengah hari
Ø  Natijah Gejala Sosial
12.30 tengah hari
Ø  ”Aku Remaja Mithali”
1.00 petang
Ø  Resolusi Kursus
1.15 petang
Ø  Majlis penyampaian Watikah Remaja Mithali
1.20 petang
Ø  Salam Wida’













GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :


Ustaz Mohd Ghazali B Mohd Nor dari MSQ Power Training



Penglibatan murid sepanjang pelaksanaan program


Jujur dalam diri untuk menguruskan fitrah diri masing-masing


Pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk menarik minat murid

Solat Sunat Dhuha



RINGKASAN PROGRAM :

Program Gerbang Remaja telah bermula pada pukul 8.00 pagi seperti yang dirancang. Seramai 154 orang murid tahun 6 yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan dengan  ice breaking dan diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Mohammad Ghazali B Mohd Nor dari MSQ POWER Training. Selepas itu, murid-murid diasingkan mengikut jantina supaya perkongsian berkaitan perubahan diri remaja dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Beliau juga turut dibantu oleh seorang fasilitator bagi remaja perempuan iaitu Pn Nor Karimah. Banyak ilmu baharu yang diperolehi melalui perkongsian ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang hadir mengikuti program ini. Kami bagi Unit Bimbingan & Kaunseling serta semua warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan selamat melangkah ke alam remaja yang penuh dengan cabaran dan pengalaman yang menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment