Tuesday, October 16, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 38)


Hari: Isnin
Tarikh: 15 Oktober 2012
Masa: 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn. Nik Rosmaliza Nik Hussin
2. Pn. Julaili Onion
3. Pn. Norazah Mohd Ali
4. Pn. Nurrul Huda Yaakob
6. Pn. Nor Holwani Yahya
7. Pn. Nor Sabariah Awang Ngah
7. Pn.Nur Azlin Mohd Noor

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.
b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).
c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nik Rosmaliza Nik Hussin.
d) Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt. Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas sesi petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Ezza Hairani)


a) Beliau menegur murid supaya tidak bermain di atas besi longkang kerana boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
b) Murid tidak dibenarkan bermain di kawasan kabin kerana berbahaya.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1
1. Pluto
2. Utarid
3. Zuhrah (3 minggu berturut-turut)

Tahun 2
1. Alfa
2. Beta
3. Theta

Tahun 3
1. Alza
2. Waja
3. Wira (3 minggu berturut-turut)

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Nik Rosmaliza)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Berdiskusi (berbincang)
Bahasa Inggeris: Recess (waktu rehat)
Bahasa Arab: Timsahun (buaya)

5. Ucapan GPK Petang

a) Menasihati murid supaya memahami ikrar yang dibaca serta melaksanakan ikrar tersebut supaya lebih berdisiplin

b) Menasihati semua tidak ponteng semasa Minggu Peperiksaan dijalankan dan bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang.

c) Murid-murid dilarang meminjamkan wang kepada kawan atau meminjam wang daripada rakan. Mereka hendaklah pandai menguruskan wang yang telah diberi oleh ibu bapa.

6. Pengumuman

-Murid-murid hendaklah memakai baju uniform sekolah sepanjang minggu peperiksaaan dan tidak digalakkan memakai baju sukan.



No comments:

Post a Comment