... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, October 9, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 36)

Hari: Isnin
Tarikh: 8 Oktober 2012
Masa: 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn. Wan Rosmawati bt. Wan Ibrahim

2. Pn. Jumilah bt. Ahmad
3. Pn. Suhaizan bt. Sukiman
4. Pn. Rozimah bt. Yaakob
6. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
7. En. Mohd Rusydan b. Ismail

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).
c) Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suhaizan.

d) Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt. Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas sesi petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Siti Nurul Akma)

a) Beliau menegur murid yang berada di kelas semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berada di kelas bagi mengelakkan kes kecurian. Kelas adalah kawasan larangan sewaktu rehat.

b) Murid hendaklah menggunakan waktu rehat selamat 20 minit sebaik-baiknya, sekiranya dibahagi dengan elok, murid dapat mengulangkaji pelajaran semasa waktu rehat. 
c) Beliau mengingatkan murid untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pada minggu depan.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1
1. Utarid
2. Musytari
3. Uranus

Tahun 2
1. Alfa
2. Beta
3. Omega

Tahun 3
1. Wira
2. Waja
3. Viva

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Suhaizan)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Tema minggu ini : Amalan Menjaga Kebersihan
- Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan kelas.

- Amalkan membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri untuk memastikan tahap kesihatan diri yang baik.

d) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Elus (usap / belai)
Bahasa Inggeris: Hungry (lapar)
Bahasa Arab: Khadrawat (sayur-sayuran)

5. Hal-hal Lain

a) Pendidikan Pencegahan Dadah oleh Pn. Rozimah


Visi: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
- Kita perlulan sama-sama berusaha membebaskan sekolah dari dadah.
Misi: Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.
- Sekolah telah berjaya membuat pameran dan kuiz untuk para murid.
Matlamat PPDa: Matlamat PPDa di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012".



Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.

No comments:

Post a Comment