MASA : 8.30 pagi-10.30 pagi
TEMPAT : Dewan Perdana,SK Taman Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru Tahun 6
LATAR BELAKANG :
TEMPAT : Dewan Perdana,SK Taman Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru Tahun 6
LATAR BELAKANG :
Program Motivasi Alam Menengah 2012
diadakan untuk memberi pendedahan dan persediaan kepada murid tentang alam
menengah. Program ini bertujuan untuk melahirkan barisan murid yang mempunyai
hala tuju, berwibawa dan berketrampilan dalam menentukan matlamat hidup pada
masa akan datang.
OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif
program adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya pelajar di sekolah menengah
- Menetapkan matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai cita-cita pada masa akan datang
- Melahirkan pelajar yang mempunyai wawasan dan cita-cita yang jelas
- Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pelajar
- Menaikkan semangat daya saing untuk menempatkan diri di sekolah berasrama penuh
SASARAN PROGRAM :
Untuk program pada kali ini, sasaran peserta program adalah
seramai 274 orang murid Tahun 6.
ATUR CARA PROGRAM :
ATUR CARA PROGRAM :
MASA
|
AGENDA
|
7.30
pagi
|
Ø Guru mengambil kehadiran
murid
Ø Murid-murid berkumpul di
Dewan Perdana
|
8.30
pagi -10.30 pagi
|
Ø Ceramah
(Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah)
|
10.30
pagi
|
Ø Rehat/Bersurai
|
RINGKASAN PROGRAM :
Program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah telah bermula pada pukul 8.30 pagi seperti yang dirancang. Seramai 163 orang murid tahun 6 yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal dan diteruskan dengan ceramah oleh Puan Wan Khairani Bt Wan Mahmud berkaitan pengenalan tentang SMK Puta Perdana serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Program ini telah ditamatkan pada pukul 10.30 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah menjayakan program ini.
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :
No comments:
Post a Comment