... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 3, 2012

KARNIVAL MASAKAN UNIT BERUNIFORM

Kemahiran masakan merupakan salah satu aktiviti asas dalam unit-unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Tunas, Puteri Islam, dan Tunas Kadet Remaja Sekolah yang ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Aktiviti masakan ini akan diadakan mengikut unit masing-masing dengan tujuan mengajarkan kemahiran menggunakan dapur kayu di samping menarik minat murid-murid agar datang ke sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Oleh itu, pada hari ini 3 Oktober 2012, telah berlangsungnya Karnival Masakan Unit Beruniform SKTPP.  Masakan ini dihasilkan sendiri oleh murid menggunakan bahan asas seperti tepung dan minyak masak.  Murid juga belajar memasak menggunakan dapur kayu.

Objektif Program:
Pada akhir kursus ini, para peserta
i. boleh menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang kemahiran menyediakan minuman petang
        dengan menggunakan dapur kayu.
i. boleh mengaplikasikan kemahiran dalam situasi sebenar.
iii. Menarik minat murid-murid agar datang ke sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Program ini perlu dijalankan kerana:
Kemahiran asas dalam masakan dengan menggunakan dapur kayu yang diajar dalam unit beruniform merupakan kemahiran yang wajar dikuasai oleh semua ahli. Penguasaan secara teori dan praktikal dapat diaplikasikan sekiranya diwujudkan situasi yang sebenar di sekolah. Sehubungan dengan itu, Karnival Masakan Minuman Petang Unit Uniform yang dirancangkan ini merupakan wadah yang baik bagi setiap ahli untuk menunjukkan penguasaan mereka.


Berikut adalah paparan gambar semasa aktiviti berlangsung:
Untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini (FB SKTPP)



















No comments:

Post a Comment